I’ve never had a chance to talk about this…
atau secara sebenarnya I really don’t want to talk about it…
tapi disini… hari ini… ku coretkan satu coretan.. Agar menjadi ingatan untuk diri ini…
26 September 2014 (jumaat)
Dalam
 lingkungan pukul 8 jika tak salah.. dapat Whatsapp dari adik.. 
mengatakan ayah berada di klinik.. aku membaca dan hanya fikir.. mungkin
 sakit biasa… ku biarkan… sehinggalah whatsapp seterusnya… adik cakap 
ayah dah dalam ambulans hendak ke hospital kota tinggi… aku tanpa fikir 
panjang, terus capai baju mana yang ada.. masukkan dalam beg dan sms 
akak ajak balik..
Dalam hati tak habis berdoa moga ayah 
selamat.. tak pernah terfikir perkara yang buruk akan berlaku.. ayah 
kuat.. ayah aku kuat.. jarang dia sakit, apatah lagi masuk hospital.. 
dalam converstation, rancak bercerita tentang bertapa tidak sopannya MA 
yang merawat ayah, system klinik dan blab la bla.. manusia kan… takkan 
pernah puas hati… begitu juga kami..
Ayah masuk wad kelas 
3, sebelum adik mendapatkan surat untuk tukarkan ayah ke kelas 2 atau 1.
 Perjalanan Nampak sangat lama.. hati terdetik… hati jadi sayu… sampai 
ke kota tinggi dalam pukul 3 pagi.. adik dan mak bergilir menjaga ayah 
malam tu.. sampai je di hospital kota tinggi, sorang demi seorang masuk 
melawat ayah.. sebab hanya seorang waris dibenarkan menjaga pesakit.. 
sempat lagi aku bergurau dengan ayah..
“apa ni ayah..kata hebat..masuk hospital gak” ..
Ayah membalas “ ayah taknak g..mak kau yang paksa”
Dan
 kami saling ketawa.. aku salam ayah… aku cium tangan ayah dan minta 
izin untuk duduk diluar..aku suruh dia tidur.. dia perlu rehat.. 55 
tahun dia penat bekerja… masa untuk dia rehat.
Angah dan 
mak berjaga malam tu menjaga ayah.. aku dan adik pulang ke kampong.. 
untuk ambil baju mak dan beri makan kucing serta uruskan rumah.. pukul 6
 pagi kami bergerak balik ke felda adela.. sampai, aku ambil kesempatan 
untuk tidur sekejap..
27 September 2014 (Sabtu)
Genap
 40 hari kematian nenek… hari ini sepatutnya ayah balik ke kampong untuk
 kenduri arwah nenek. Mak kena masak.. sempat ayah pesan malam tadi… 
jangan lupa anta makanan untuk kenduri arwah… tu juga salah satu sebab 
aku balik ke rumah… mujur ada rakan-rakan mak dan ayah… mereka menolong 
untuk masak nasi ambang pagi tu… lepas siap, pukul 10 pagi.. kami ke 
kampong.. hantar makanan untuk kenduri petang dan malam nanti, kemudian 
pergi semula ke hospital kota tinggi…
Hari kedua ayah di 
hospital,sampai di hospital, shift bertukar.. angah balik, kami 
ganti..ayah masih boleh ketawa.. dia ckp bosan… dia nak merokok…tapi 
mana boleh… ayah tak berapa boleh nak makan.. dia gelisah.. ramai orang 
dating melawat.. sempat aku menjaga ayah waktu tu.. ayah sentiasa rasa 
haus.. rasa gelisah.. mungkin sebab dia tak selesa, ramai sangat orang… 
petang tu aku jaga ayah sekejap… ayah nak ke tandas.. aku bawa dia ke 
tandas.. dia taknak naik kerusi roda. Dia nak jalan..
Sampai
 tandas aku nak masuk sekali.. ayah marah aku.hehehe.. ayah cakap tunggu
 luar.. aku ckp takpe la, orang masuk sekali… tapi ayah malu agaknye… 
dia ckp takpe..ayah leh wat sendiri… dia bukak pintu tandas, hampir 
rebah.. cepat2x aku sambut.. aku papah ke katil.. petang tu ramai 
berebut nak jaga ayah… tapi ayah berkeras… korang jaga siang je… malam 
ayah nak mak yang jaga.. J .. manja kan ayah aku, nak juga bini dia 
jaga..
Aku sewa satu bilik,malam tu,tido la ramai2x dalam bilik 
tu… mana mungkin hendak yang selesa kan… cukup la untuk lepaskan penat 
dan lelah.
28 September 2014 (ahad)
Pagi2x
 lagi aku dah ready nak ke hospital.. mak belikan ayah soto.. tapi ayah 
tak makan.. hari ini ramai yang lawat ayah.. ramai sangat kawan dan 
saudara mara.. ayah risau pasal lembu.. dia kata dia dah sihat.. dah 
boleh balik..hehehe.. ada2x je.. arini ayah pindah wad kelas ke 2..  
nurse ckp selewat2xnya petang ayah leh pindah dah..
Ayah 
teringin makan buah.. mak beli macam2x buah.. tembikai, jambu,jambu air,
 betik, macam2x.. ayah makan betik ngn tembikai.. banyak.. 
Alhamdulillah.. sepanjang ayah di hospital, ayah Cuma minum 100 plus dan
 air yang dibacakan dengan 20 juzu alquran…  tapi petang tu ayah nak air
 kopi.. terpaksa la kami carikan air kopi untuk ayah.. tapi dia minum 
sikit je.. dia cakap tak sedap… sudahnya aku yang habiskan… ye, mmg tak 
sedap pun…hehehe…
Kawan ayah datang, bawa lagi air kopi 
dan nasi goreng ayam untuk ayah.. tapi ayah tak selera nak makan.. mak 
yang makan bahagian ayah tu.hehehe.. mak aku mmg mewah makan masa kat 
hospital. :P
Petang tu ayah bosan.. ajak berjalan.. tapi 
macamane.. aku ambik kerusi roda.. bawa ayah ke toilet, masa nak masuk 
ayah suh berhenti.. dia nak tgk benda hijau. Maka berhenti lah aku di 
sebalik geriji..ayah melihat keluar.. jauh renungan ayah.. ayah ckp 
lagi.. nanti dah sihat kita pergi mersing tau..mancing.. aku ckp ye.. 
nanti dah sihat kita g ekh..
6.00 ptg.. ayah dipindahkan 
ke wad kelas ke dua… angah dan adik balik ke kl.. tuntutan kerja.. aku 
tahu berat hati diorang nak balik, tapi kami pun ada tanggungjawab yang 
perlu dipikul kan.. aku beritahu bos, aku EL.. ari selasa aku akan balik
 ke kl.. malam tu ayah taknak aku jaga,dia nak mak yang jaga dia.. lama 
gak aku tunggu kat bawah, kul 2 pagi tu aku balik hotel,tido..
Doctor cakap ayah dah sihat.. dah boleh balik dah, tapi nak kena habiskan antibiotic dulu..
29 September 2014 (isnin)
Pagi2x
 belikan mak sarapan, beli kan ayah air mineral..belikan mak air pearl 
café.. sempat jaga ayah sementara mak mandi.. Ayah ckp dia haus sangat..
 aku beri dia air.. aku tanya ayah, nak makan tak… ayah cakap taknak.nak
 minum je.. lepas mak mandi, aku turun bawah dan balik hotel sebentar.. 
cas hpone,aku tersilentkan phone.. dan tertido.. bangun je aku tgk 
banyak sangat miscall.. rupanya doctor nak jumpa.. bergegas aku pergi 
kehospital, doctor ckp ayah perlu ditukarkan ke johor bahru.. tapi tak 
jadi pulak.. aku rasa bersalah sangat pada adik beradik..pada mak.. 
kenapa la aku tido tak ingat diri..
Ayah nak makan kentang
 goreng mcd.. hehehe.. ak beli kentang goreng sampai dua bekas.. tapi 
ayah Cuma makan dua je kentang goreng..dia ckp takleh makan.tekak dia 
sakit… sudahnya aku yang habiskan..hehehe.. ayah nak sumi pulak. Aku n 
adik belikan ayah sumi. Tapi dia makan sikit.. sumi tak sejuk.. aku 
balik hotel,sejukkan sumi..
Malam ni ayah demam panas… 
ayah meracau mak ckp.. malam ni ayah Nampak sesuatu yang kita tak 
Nampak.. ayah tedung je kat atas syiling tu.. mak Tanya kenapa ayah.. 
ayah cakap “tu..kat atas tu.. lembaga hitam” .. pastu ayah tenung 
tingkap.. ayah cakap kat situ pun ada.. mak terus g kat tingkap n tutup 
tingkap.. sepanjang malam mak bacakan Yassin, Nampak mulut ayah pun ikut
 sekali dengan bacaan tu..  pagi tu kul 4 pagi ayah kejut kan mak..dia 
ckp tolong aku ni.. tgk ni.. mak tgk tangan ayah.. ya allah.. darah.. 
jarum yang masukkan air tertanggal..
Banyak darah,kat 
tangan,kat katil,kata bawah katil… nasib baik mak tak mabuk darah.. mak 
panggil nurse.. lepas tu ayah ckp dengan mak
“dalam pergaduhan..yang kalau keluarlah darah… ayah ni dah mengalah..dah kalah”
Mak ckp ayah ckp ape ni..jangan merepek la..jangan cakap bukan2x..
Ayah ckp “ kau tak faham ani.. ayah ni dah mengalah.. kau faham tak.. ayah mengalah dah”
Takda sape yang faham apa yang dimaksudkan oleh ayah.. tak seorang pun yang faham..
Kenapa la kami tak faham..kenapa la aku tak boleh tangkap maksud tu..
30 September 2014 (Selasa)
Pagi
 aku jaga ayah,mak mandi.. pagi tu ayah Tanya mak kau mana..mak kau.. 
ayah nak mak kau.. aku ckp sabar yah..mak tengah mandi.. kejap lagi mak 
datang.. pagi ni ayah langsung tak jamah makan.. aku belikan air 
mineral..banyak betul ayah minum.. tengahari, doctor ckp lagi nak 
pindahkan ayah ke johor.. tapi doctor dari johor ckp suruh tukar 
antibiotic dulu.. ayah masih boleh pergi ke tandas sendiri.. tapi 
dipapah.. tak mahu menggunakan kerusi roda.. tapi tengahri tu,lepas ayah
 g toilet,dia terus terduduk..tak terdaya,mak panggil aku masuk toilet, 
aku dan mak papah ayah..nafas ayah cepat.. ayah mula ckap Bahasa yang 
tak difahami.. badan ayah panas..
Tengahari tu, aku lap 
badan ayah.. masa lap ayah aku ckp panas nye yah badan..ayah demam ekh..
 dia pandang aku, dia cakp, kau tak faham de.. sebenarnya ayah ni.. ayat
 tu terhenti kat situ.. kemudian dia macam tertidur.. tak lama tu dia 
ckp lagi.. ayah ni sebenarnya de.. ayat tu terhenti..macam tersekat ayat
 seterusnya.. tghari tu jarum tercabut lagi, tapi mak sempat tekap 
dengan kain.. ayah ckp lagi kat mak masa tu.. dah mengalah dan ni.. dan 
ayah tersenyum..
Petang tu, pukul 4.30, doctor ckp kena 
gak bawa ayah ke johor..sebab pernafaasan ayah dah makin tak stabil.. 
ayah dah tolak gas yang dimasukkan.. ayah dah semakin susah bernafas..  
doctor ckp kena masukkan saluran pernafasan untuk stabilkan ayah..
Ayah
 bersuara “ tak payah la doctor.. bagi ubat je..saya nak balik rumah”.. 
kemudian ayah ckp sesuatu yang susah difahami oleh aku..
Mak tgk aku..menunggu satu keputusan..
Aku
 pandang ayah “ ayah.. pakai la.. tak sakit pun.. kita g johor ekh..ayah
 nak sihat kan.. ayah mengangguk. Aku beri kebenaran pada doctor untuk 
masukkan saluran pernafasan pada ayah”
5.00 pm.. doctor 
bersama 3 orang nurse masuk, kami disuruh menunggu di luar.. entah 
kenapa aku rasa resah sangat… terlalu resah… aku dengar setiap 
perbualan.. aku dengar setiap nafas ayah..aku dengar semuanya.. aku 
dengar bile doctor ckp ayah melawan, ayah gigit saluran pernafasan 
tu..aku dengar semua.. 5.15, dua orang doctor masuk bersama peralatan 
yang entah aku tak tahu ape dia.. dan aku dengar bunyi cpr..bunyi yang 
entah macam dalam movie tu.macam dalam cerita kat tv.. doctor keluar.. 
doctor ckp pernafasan ayah terlalu kuat..jantung dia berhenti..
Masa
 doctor ckp camtu, jantung aku berhenti.air mata aku mengalir.. doctor 
ckp mereka tengah cuba buat cpr.. aku mengangguk..mak menangis.. aku 
telefon adik aku suruh cepat.. tak lama tu adik aku sampai.. aku 
beritahu keadaan ayah..aku telefon akak aku, beritau keadaan ayah..tapi 
tak mampu berkata..hanya sempat cakap hello dan aku menangis..
6.00
 ptg.. hampir 45 minit doctor buat cpr.. akhirnya mereka berhenti.. 
berhenti dari cuba menyelamatkan ayah..doktor panggil aku dan mak masuk,
 doctor ckp ayah dah takda.. ya allah, aku rasa macam mimpi.. kami adik 
beradik rasa mimpi.. ayah masuk sihat, dan hanya jenazah ayah yang 
keluar dari hospital.. situasi sangat sedih.. hanya airmata yang 
keluar.. tanpa suara.. aku beritahu akak ayah dah takda.. semua 
lemah..aku lemah.. aku ralat..aku bersalah..
Semua 
mudah..sangat mudah..mak taknak buat post morterm. Mak ckp nak bawa 
balik arwah terus. Doctor sediakan surat.. tanpa perlu tunggu lama 6.30 
lebih kurang, datang dua orang bawa jenazah ayah turun, segala surat 
disign, aku mewakilkan keluarga untuk semua tu. Pergi ke bilik mayat, 
kenderaan jenzah sudah ada, dalam 6.45, jenazah ayah dibawa pulang ke 
felda tunggal..
7.45 sampai dirumah, jenazah ayah sudah 
dibaringkan mengadap ke kiblat… aku sampai, mandi, ambil wudhu dan terus
 duduk di sebelah arwah. Sepanjang malam kami adik beradik bertukar 
tukar membacakan Yassin disebelah arwah..
Jenazah arwah 
tersenyum.. semua yang lihat arwah buat kali terakhir cakap.. man senyum
 je.. aku sepanjang malam berjaga,melihat arwah..rasa macam tengah 
tidur.. ayah senyum je..sama macam snyum ketika hayatnya.. bezanya.. 
jasad ayah makin sejuk..makin lama semakin sejuk dan pucat..
Kalau
 la.. hanya kalau aku tidak memberi keizinan pada doctor..  
mungkin..hanya mungkin, ayah masih hidup ketika ini.. penyesalan yang 
tiada penghujungnya.. seringkali, pilihan yang aku buat adalah salah.. 
seringkali 29 tahun, pilihan yang aku buat selalu mendatangkan sesuatu 
yang tidak baik..
Ayah..maafkan aku.. mak.along, angah,niza,fika 
dan adik..maafkan aku.. kerana aku mak kehilangan suami, kerana aku 
mereka kehilangan seorang ayah..
Maafkan aku semua.. maafkan aku untuk semua keputusan salah yang telah aku buat..
Maafkan aku..
