Pages

Friday, July 25, 2014

Dinding itu ini.. Rasa dan sebuah rasa

aku punya rakan..
aku punya kawan.
aku punya sahabat..
tapi tidak sampai ke tahap kekasih..
apa ada dengan perasaan ini..
apa perlu aku rasa begini..
tidakkah aku mendustakan sebuah rasa
jika aku mempunyai rasa ini?
apa ikhlas setiap perhubungan yang diberi
apa benar tanda persahabatan yang dihulurkan..
jangan..jangan biar aku jatuh lagi dalam..

sejujurnya..
sudah wujud rasa ini..
tapi tidak akan aku katakan..
tidak juga aku fikirkan..
ku biarkan semuanya pergi..
kerana dinding konkrit yang telah aku bina..
tidak ku biarkan ia runtuh kerana kasih yang diberi..
tidak layak untuk aku merasai rasa ini..
sepatutnya aku ketika ini mati..
dalam riuh..aku sepatutnya mati.
hati..mati..

dan sejujurnya..
aku suka berada disekitar kamu..
sejujurnya..
aku suka kau menemani aku.
sejujurnya..
aku selesa dengan rasa ini..
tapi selebihnya.. kau perlu melepasi dinding ini
dinding konkrit yang aku cipta..
untuk mengelakkan aku dari ditimpa sekali lagi..




Tuesday, July 22, 2014

KALAH

Keliru bile malam menjelma..
Setiap tidur akan selalu dijaga..
Hati..jangan kau jatuh..
Manusia mmg mudah berkata..
Manusia mmg mudah didekati..
Manusia mmg mudag berjanji..
Tapi tidak semua yg dikata..yg didekati dan yg dijanji itu dimaksudkan..
Hai la hati..
Terus benar dinding konrit ini tinggi..
Jangan benar siapa berjaya melintasi..
Jangan benar siapa melangkah masuk..
Agar kau tidak perlu bersedia..
Utk benar dia melangkah pergi..

Hi hati..jangan keliru..
Usah keliru..
Ambil iktibar apa yg telah jadi..
Kau memberi..kau mati.
Tidak adil pada sang pengganti..
Tapi kau perlu lindungi diri..
Tapi jari boleh menulis..
Tapi hati..
Ak suka kau..
Tapi ak tahu dan yakin..
Kita xkan blh bersama..
Kerana hati kau..
Masih lagi pd si dia..
Dan aku tahu..
Dan aku rasa..
Setiap rasa itu..
KALAH..

Monday, July 21, 2014

Apa Perlu atau tidak?







Ya.. itu Nama aku.. dan ya..itu alamat aku..
senang nak anta kad raya kan?kan..kan..
dan tidak.. aku tak disaman..
dan tidak.. aku tidak dapat bonus pun. (kalau dapat confirm aku wat diam je)
hmm..aku masih berfikir..
Alhamdulillah..

mari kita imbas.apa yang sedang terjadi..

6 June 2014.. terluka..ya.. sangat terluka.. cuba untuk bangun dalam satu hari..tidak mampu..
makin teruk..makin teruk dan semakin teruk.. hingga satu malam,bila hati dah tak mampu menahan..
bila otak dah tak mampu berfikir.. bile rasa tak mampu merasa.. satu keputusan dibuat..

cuba untuk belajar kembali..mengasah otak yang dah lama tumpul..
sepatutnya kita..kau dan aku ..berjanji.. untuk sambung bersama..
tapi aku tahu..ia takkan terjadi..
aku ambil satu langkah..
mudah.. tapi tidak dipermudahkan..
cabaran.. demi cabaran.
tarikh tutup 13 June.. hari terakhir baru aku dapat submit borang..

dalam aku cuba bangun..
dugaan hidup tak pernah reda..
sampai aku terduduk dan ada kala tak mampu bangun lagi..
patah semangat.. dengan satu dugaan..
bile saat kita tidak mampu untuk berkata apa..
tidak mampu untuk mengadu dengan sesapa..
Tikar sejadah menjadi satu peneman..
untuk temukan kita dengan DIA..

21/07/2014 - lebih kurang 3.30 pm..
satu sms..dari nombor yang tidak dikenali..
mengucapkan satu tahniah..
meminta mengambil borang di laman maya..
persoalannya..
adakah aku sudah bersedia?
mengorbankan sedikit masa yang aku ada..
aku termenung..
mencari jawapan bagi satu persoalan..




Cerita dan Kisahnya Tentang Raya

raya..hari raya..raya demi raya..
aku tidak raya..
balik malam raya..
balik seorang di hari raya..
sambil makan kuih raya..
ada orang tak dapat raya..
bersyukurlah boleh beraya..
walau hanya untuk dua hari raya..

terpaksa balik pada hari raya kedua..
kerja dan terus bekerja..
untuk kesenangan bersama..
aku..diri..dan mereka..
ehemm..susah nak berkata..
tahun ni dapat duit raya?
atau kena beri duit raya..
haih..aku nak duit raya..uwaaa..


raya tanpa siapa..
raya tanpa kekasih hati..
raya tanpa dia..
tapi aku masih punya keluarga..
 aku masih punya engkau..dan mereka
walau tidak sama..
dahulu kita berkasih..sekarang kita berkawan
tapi kita saudara..
islam.. ya..kita saudara seislam..


Maafkan jika ada salah dan silap..
sepanjang semua mengenali diri..
aku tak pernah sempurna..
aku selalu membuat dosa..
dengan rendah diri.. kemaafan aku pinta..
dan setiap kesalahan,kau..dia dan mereka
telah aku maafkan..
takda dendam.. 0 - 0 gaya muda berkata..

Selamat Hari Raya semua..

p/s : its been a while i'm not bergayut with someone..thx you my fren.. ada disetiap hariku..




sengaja tidak ku buang watermark mereka.. kerana aku tahu bukan mudah untuk dibuat..tinggalkan sedikit penghargaan :)

Selamat Hari Raya :)



Friday, July 18, 2014

Pergi Saja Jauh..


Sang Gelap Dilalui

Jalan Gelap selama 30 hari..

 sudah sebulan pengakhiran aku dengan si Kurus.. tak tahu nak cakap apa..tak tahu apa reaksi aku ketika ini.. sudah sebulan.. tapi kenapa masih sukar.. kenapa setiap memori masih perlu ada.. dan kenapa aku terlalu lemah untuk hadapi semua ini.. sedangkan si kurus sedang gembira bersama si asistant producer.. hmm..

bila boleh aku bangkit dan lupakan semua ini.. sudah 30 hari.. tapi masih juga susah untuk dilupakan.. setiap saat kenangan selalu berputar dalam diri ini.. terlalu banyak penyesalan yang timbul.. setiap hari dilalui ibarat sedang berjalan di jalan yang berduri.. setiap hari terluka dan terluka..

masihkah jalan gelap ini akan berterusan.. :(

Aku hanya mahukan kejujuran dalam sebuah perhubungan..kesetiaan.. adakah permintaan ini terlalu berat untuk dipenuhi?


Jalan Terang mengambil alih ketika jalan gelap sudah sampai ke penghujungnya..