Pages

Wednesday, August 6, 2014

Penimbang Vs 1K

Hahahaha..
izinkan aku ketawa dahulu
dengan apa yang aku setuju..
Di satu petang.. seorang berkata
Turun 10kg dalam masa 2 bulan
dan ada habuan
dan aku dengan yakin terus cakap
YA.. diterima!

Maka..
kau penimbang
dan kau lemak..
sila bekerjasama dengan aku
kerana aku ada misi..
misi yang perlu aku selesaikan..
mata duitan?
hey..
ini peluang ok..
ini peluang untuk aku kurus

Sekian..

Misi 2 bulan bermula.. Misi peribadi.. misi masa depan..


Harapan Aku

harapan aku
semoga aku tidak jatuh terlalu dalam kepada kamu
supaya aku tidak jatuh ketika kamu pergi
supaya aku tidak jatuh ketika aku berharap
harapan aku
semoga aku tidak begitu menginginkanmu
supaya aku bersedia bila kehilanganmu
supaya aku bersedia untuk segala kemungkinan yang mungkin ada
harapan aku..
agar aku tidak menghafal nombor telefonmu
agar aku tidak perlu berusaha untuk memadamnya dari ingatan
agar aku tidak perlu sentiasa mahu menelefonmu
ketika kau pergi meninggalkan aku..

harapan aku
semoga aku tahu wujudnya dinding
yang telah aku bina
untuk aku tidak terluka..
untuk dinding konkrit ini utuh
agar tiada yang bisa menjatuhkan..

harapan aku
semoga aku tidak kehilanganmu
terima kasih..
hadir dalam hidup aku
terima kasih
kerana ada dengan aku
ketika dia dan mereka menidakkan kehadiranku..

#Terima Kasih Daun Keladi.. Hari sabtu kita jumpa lagi :)