Pages

Monday, December 31, 2012

TED




nama dia ted.. dan dia saya yang punya.. ohoooiiiii

meh sume salam ngn ted..

Wednesday, December 26, 2012

BILA

Bila semua tindakan kita sentiasa diragui..

bila semua tindakan kita diselangi dengan rasa sangsi

bila semua tindakan kita dipertikaikan..

aku tak mampu nak buat ape dah..

malas nak mempertahankan diri..

jadi aku mengalah..

tak guna nak mempertahankan diri pada orang yang taknak dengar..

sama je macam aku mencurah air ke daun keladi..


Fed up!!

entry ni aku tulis secara serius..

aku penat..fedup..semua ada..

masalah kerja yang berlambak.. apa yang aku nak sedikit kefahaman dan sedikit rasa untuk tidak menambahkan keserabutan otak aku..

dan skrg aku dapat sedikit berita gembira.. tapi bile dikongsi.. macam takda ape..

dan skrg aku rasa malas nak layan..

lantak la ape nak jadi.. coraklah hubungan ni ikut apa yang kau nak corak..

hidup aku hari ni tak terurus..berlambak masalah kat ofis nie.. terlalu banyak keje yang aku kena buat dan selesaikan..

so.. up to you..apa nak buat! sebab aku dah malas.. penat sangat..

salam!

Dusun

OMG!!!! Saya ada satu pengalaman baru yang membuatkan saya teruja.hehehe..

teruja gile..excited gile dan penat gile..huhu

semalam 25 Dec 2012.. orang lain mungkin ngah rehat2x kat umah.. yang sambut hari krismas mungkin sedang sambut la kan..tapi aku sambut dekat dusun durian.. (nak tunjuk gambar tapi lupa yang sy tak amek gambar)..

rugi tul la takda gambar.huhu

ok..gerak ke jengka pahang kul 8 pagi.. dalam kul 11 pagi sampai la jengka..pastu terus gerak ke dusun..

letak barang kat rumah kat dusun tu.. pastu terus memulakan aktiviti mengait buah manggis.hehehee..

seriously..rasa macam berada dalam syurga buah.hehee..buah manggis boleh petik guna tangan je.hikhik.. tapi yang tinggi tu kena guna galah la..

pastu tengahari tu berhenti jap..g makan..dalam keadaan yang kotor, g makan kat kedai.hikhik..

petang sambung balik.. amek langsat, rambutan dan manggis lagi.. penuh la bonet kereta tu..

pastu dalam kul 5 balik umah kawan.. then mandi.. dan ini first time la aku buat..mandi kat kolah.. tau tak ape tu kolah?

kolah tu macam satu tempat yang di isi air la.. biasanya paras dada kita.. dan ia terbuka.maksud aku,terbuka macamane ye.hmm..terbuka la..

dia takda bumbung..dan biasanya orang akan mandi ramai2x kat situ..dan itulah pengalaman pertama aku mandi macam tu.hahaha..

tapi takda la aku mandi beramai2x sangat.. aku mandi ngn sue je.. sue banyaklah ajar aku cara2x nak mandi kat kolah.hahaha.. serius rasa macam seorang dungu lak tetibe bile mandi kat kolah.hahahaha..

pas magrib terus balik umah..

kul 1 pagi sampai la kl.ngeee

hhuhuhu..dan skrg.aku dah terpacak kat ofis.huhu




Monday, December 24, 2012

Durian Crepe

teringin aku teringin..

teringin memakan durian crepe..

sungguh aku teringin

aku nak makan durian sebenarnya

hahaha..tapi sudah cukup sudah

takkan ku sentuh durian lagi.. (percayalah)

aku cuma nak makan durian crepe je.ngeee

Cantik Kan


 comel kan kucing ni.. tgk mata dia..


 cara dia tidur..sama je macam manusia tidur..


 dia manja..penyayang..sama je macam kita..


 suka ambil gambar..fotogenik..sama macam sesetengah manusia..


jadi teman berborak..manja..manja..manja dan memahami..

tapi kenapalah ada seorang manusia ni yang tak boleh nak terima kecomelan kucing nie..kenapa..kenapa..

kenapa aku tak dibenarkan membela kucing.. arghh!!!aku stresss..

huhuhuhu..

comel kan kucing nie.. nak ckp je..kucing ni comel :(

Marah

bila kita marah..

kita selalu nya tak ingat apa kita cakap..

kita ckp tanpa berfikir..

dan disebabkan kita ckp tanpa berfikir..

kita kekadang akan melukakan hati ramai orang.. tanpa kita sedar..

Jadi..maafkan aku untuk yang terluka hatinya..

aku hanya insan biasa.. dikawal dek emosi dan nafsu..

maafkan aku

Sunday, December 23, 2012

Hujung Minggu

hujung minggu di ofis.. dan aku dapat rasakan..mingg hadapan hujung minggu ku juga di ofis..

harap2x tidak la.huhu.. next week ada plan.. :(

harini berjaya selesaikan satu report.. alhamdulillah..

maka,setelah selesai..mari kita manjakan diri dengan youtube.hehehe

aku takleh bayangkan sehari hidupku tanpa internet..mesti aku mati.ngee

mati akal

Saturday, December 22, 2012

Tips Putus Cinta

jika tanya aku apa tips masa aku putus cinta..hehe..

aku akan ckp aku hampir nak bunuh diri.

aku hampir nak hilang arah..hampir jadi gila..murung.tak makan..tak minum.. tak tidur.. huh..

buang masa semua tu..jadi.untuk yang putus cinta. ini ada sedikit tips untuk anda

 

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.






2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.




4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.



5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.




7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Puisi Putusnya Cinta


Hari-hari ku terasa hampa…
Setelah bayangmu tak pernah lagi ku jamah…
Senyummu tak pernah lagi ku rasa…
Aku seperti tak bernyawa…
Saat kau tinggalkan aku dalam diam…

Kau acuh kan aku tanpa perasaan…
Kau buat aku menangis…
Namun di saat ku mulai mengubur tentangmu…
Membuang kenangan kita,kau tiba-tiba hadir…
Seakan rasa salah tak pernah ada di benakmu…

Namun,aku takkan pernah lagi tersenyum untukmu…
Kerana langit tak selamanya cerah…
Kerana angin tak selamanya memberikan kesejukan…
Kerana aku , Tak selamanya mengharapkan CINTAMU…



Jujur

Secara jujurnya aku tak boleh mendengar kisah putus cinta..

bile dengar orang lain putus cinta je.. aku automatik akan sedih..



serius.. mmg serius.. walaupun org tu takda kena mengena ngn diri aku ni

kalau ada,lagi la memberi impak yang tinggi

aku boleh menangis bile mendengar diorang putus cinta..

lihat..bertapa mudahnya airmata aku mengalir sekarang nie..

jika mengenali aku dahulu,akulah manusia paling susah nak nangis..

tapi sekarang..aku sangat mudah menangis.mudah terusik..

sebab tu orang pernah ckp.

cinta boleh merubah seseorang...




berbalik pada putus cinta..

kenapa aku mudah sangat rasa terusik.. entah..aku tak tahu..mungkin aku pernah merasai perasaan itu.. perasaan ditinggalkan..perasaan dikecewakan.. sebab tu aku terlebih sensitif

aku harap.. untuk semua..

berkasih sayang la.. hargai kasih sayang yang ada.. jangan mudah untuk memutuskan suatu perhubungan..ingatlah susah payah nak membina satu hubungan tu..

jadi..hargailah pasangan anda..

pesanan penaja dari saya..budak cute.hahaha






Kuyu

mata kuyu di pagi sabtu..

semalam hangout dengan member2x ofis.. seronok..ye..sangat..

borak2x..ketawa..gurau senda..makan..minum..

mungkin ni kali terakhir aku akan keluar ngn diorang..

mungkin..segalanya mungkin..

pagi ni kena kerja..kerja ngn sue..

sue mungkin tengah busy wat programming..

aku yang lost.. lost entah kemana..

MALAS!!itu puncanya..

tengahari kalau jadi nak g main bowling.

asah tangan.hehe.leh ke ckp camtu.asah tangan yang dah seminggu tak men bowling.

segalanya akan berubah tahun hadapan.. su akan menjadi puan.

aku masih lagi cik.hahaha

tak dapat dah nak men bowling sesama nanti.huhu


 fokus..fokus..memerlukan fokus yang tinggi

Friday, December 21, 2012

Lara Lagi

sang siput sedang mendengar lagu..

dan dia sangat suka lagu ini..

Lara Lagi - Adira


Thursday, December 20, 2012

Cinta

susah nak mengerti..tapi senang je sebenarnya..

aku suka kau..kau suka aku..

kita saling suka..

membina rasa tu mudah..

mengekalkan rasa itu sukar

rasa aku tidak pernah berubah..

kau tetap ku cinta..sayang..rindu dan semuanya..

jadi.. tolong mengerti ye..

rasa cinta ini..hanya untuk kamu..

jadi.. sila lah berbangga untuk itu :)

Pelangi

Indah.. sekejap je.. itu pun muncul selepas hujan..

tapi indah..sangat indah..

tanpa sedar.. ungkapan namanya sentiasa terucap di bibir..

tanpa disengajakan..sumpah..tidak disengajakan..

dan tanpa disedar.. hati nya telah tersakiti bile nama itu diungkapkan..

tanpa disedar.. sumpah..tanpa sedar..

dia hanyalah memori..satu kenangan.. satu masa silam

dan kamu adalah kenyataan..satu kehidupan..satu perjalanan..

nyata..pasti.. hanya kamu..

maafkan aku..

tapi buka hati ini.. nama kamu yang ada waktu ini..

:)

Wednesday, December 19, 2012

Mimpi

Berbual dan tertidur..

Rutin pada setiap hari..

Dalam Tidur.. Kamu Datang..

Tak pasti..tidak juga realiti..

Semuanya dalam satu kertas putih.. Dicorak sebelum dibuang keesokan hari.

Hadir kamu. dalam pelbagai versi.

Sedih, Gembira.. Kecewa.. Ketawa..

Tak Pasti..

Aku rindukan kamu.. yang pasti..

Bile kita akan berjumpa lagi..

Minit dan Saat rasa lambat

Aku harap esok..kau hadir

:(

Aku rindukan kau wahai kekasih..

My Life..Our Life.. Programmer


Panjang

Tulisan panjang..berwarna..

Semua menuju kepada satu output..

Jika salah, memberi impak yang besar..

kepada semua..

Jika benar. semua akan menggunakannya.. Gembira..

Dalam proses menjadikannya benar..

Aku mungkin tewas..

hai la sistem..

Susah..Sukar.. Tiada Kemahiran.

:(

Blessed

Blessed are they who understand
My faltering steps and palsied hand
Blessed are they who know that my ears today
i must strain to catch the things they say
Blessed are they who seem to know
That my eyes are dim and my wits are slow..

Blessed are they with a cherry smile
who stop to chat for a little while
Blessed are they who never say
"You've told that story twice today.."

Blessed are those who know the ways
To bring back memories of yesterdays
Blessed are they who make it known
That i am loved, respected and not alone

Blessed are they who know i am at a loss
To find the strength to carry the cross
Blessed are they who ease the days
On my journey home in loving ways..

-Anonymous

Tuesday, December 18, 2012

Bayang

Menjadi Bayang tu tak best..

tak kelihatan..

hidup dengan bayang-bayang tidak seronok..

Dia adalah bayang kepada si pembayang..

Selalu bayang diungkapkan.. di dalam setiap ucapan

terlalu banyak bayang nye..

Mungkin bayangku tidak lagi cukup kuat

untuk dijadikan perbualan

Olehnya

Aku kalah pada bayangnya..

Merajuk

Merajuk..

dipujuk.. itu semua yang kita harapkan..

Merajuk..

Tutup HP.. rasa nak marah la pulak kan

Camane nak memujuk kalau hp tak di onkan..

Merajuk..

Tanda sayang? tepat sekali..

Merajuk tanpa ada sebab pun rasa nak marah gak..

Merajuk

Jangan lah merajuk

Kalau la diketahui bertapa berertinya kamu pada diri ini..

Jadi,berhentilah..

dan terus menyayangi..

Maaf

Maaf kerana membenarkan hati ini pernah berada di hatimu..

Maaf kerana membenarkan rasa ini pernah berada di rasamu

Maaf kerana pernah hadir dalam hidupmu.

Maaf kerana membenarkan kisah ini menjadi kisahmu

Tiada ungkapan selain dari Kemaafan..

Maaf kerana membiarkan kau di situ..

Maaf kerana aku terlalu sibuk mencari diriku

Maaf kerana aku melepaskan rasa itu..

Kerana padaku itu yang terbaik yang boleh dibuat

Untuk menjaga Rasa, Hati dan Kisah semua orang..

Tidak perlu percaya.. cuma perlu di rasa

Kisah kita akan menjadi sebahagian dari kisah hidupku

Kisah yang Tak mungkin aku lupakan..

Kerana kau mmg pernah berada di dalam hati ku..

Cuma kini.. arah kita berbeza..

Kau.. Aku.. menjadi dua individu yang berbeza..

tiada lagi gurau senda..

Semua kerana kisah yang pernah kita ada.

Persahabatan itu yang aku rindu..

Sungguh..

Penghibur Jalanan

Scorpio

Perahsia..

sifat seorang scorpio.. sifat seorang aku..

tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya ada dalam hati seorang aku..

zahirnya tidak akan sama dengan apa yg ada di dalam..

aku.. sukar dimengerti.. aku.. mudah berubah hati.

seorang aku.. suka mengambil jalan tengah..

penyayang..setia.. itu tidak pasti

pengalaman mengajar aku..

kesetiaan bukanlah satu pilihan.. bukan satu kepentingan.

sesetianya aku pada cinta.. aku yang merana.

hati ku berikan kepada siapa yang ingin menjaganya..

kau pegang ia dengan kuat.. aku engkau yg punya..

kau lepaskan sedikit pegangan itu, aku akan pergi..

Seorang Aku..

perjalanan yang sukar untuk dimengerti..

tapi aku pasti. kau mmg pernah ada di dalam hati.

cuma ia tidak cukup untuk buat aku terus di situ..

kerana aku..seorang aku

Lega

ambil kertas dan pensil.. arahan dan duduk.. berbincang..menulis dan memperbetulkan..

tamat.. menghembus nafas lega.. selesai satu tugasan..

bukan mudah.. tapi aku berusaha untuk jadi yang terbaik..

insyaallah..

melihat jam..aku rindu.. hmm..

demam.. risau.. alangkah bagus kalau aku yang merasainya dan bukan dia..


Monday, December 17, 2012

Itu dan Ini

bersandar di kerusi..memerhati..

cermin gelap di hadapan..nampak semua susuk tubuh..

seakan melihat diri sendiri tetapi dalam dimensi yang berbeza..

ambil cawan,lihat di dalam.. menghirup.. sambil menghembuskan nafas..

mungkin disini tidak lagi menjadi tempat yang di impikan..

lihat kekiri.. mereka fokus melihat kepada sesuatu..

kerja..

lihat kekanan dinding..kosong..

alihkan perhatian ke hadapan semula.. dan terus melihat diri sendiri..

inikah aku yang sebenarnya..atau ia hanya topeng..

topeng dari menampakkan siapa aku sebenarnya

atau ini adalah aku..

pejam mmata,dan cuba lari dari realiti..aku melihat diriku dalam gelap ini..

Baling Dan Tangkap

lontar sesuatu dari tangan ke bawah.. menarik nafas dan hembus..

tidak juga lega.. ambil pen,capai nota dan bergerak ke atas..

bercakap..terlalu banyak bercakap.. tiada kata putus..

bosan..letih bukan.. bercakap tanpa ada keputusan yang pasti

akhirnya aku tersenyum dalam hati..

meeting ini penuh dengan orang yang bijak pandai..

tapi dalamnya KOSONG..

17 December 2012

hey.. its 17 December..

krismas semakin hampir.. cuti tak dapat. aish.. tapi macam la aku sambut krismas kan. :P

Tahun baru semakin hampir.. tapi cuti tak dapat.. ok. tahun baru aku sambut ye. :(

esok hari lahir akak.. jam.wallet. apa yang mahu diberi..

lusa hari lahir adik.. masih buntu tentang hadiah..

argh..kan bagus kalau bile pk je hadiah,hadiah terus muncul depan mata.. (terpengaruh dengan krismas)

gantung stokin di dinding.. letak wish di dalamnya..

esok pagi bangun tgk tikus yang tido kat dalam stokin..erkkk.. (takut)

di ofis fokus pada kerja.. tapi dalam diri fokus pada cuti..

mungkin cuti terakhir aku di sini.. siapa tahu kan..

yang pasti..ini hujung tahun yang terakhir aku di sini.. tahun depan insyaallah di tempat baru :)


vice versa.. baik dan buruk..

jangan lupa untuk tersenyum.. semoga bahagia.. bersama semua yang menghappykan kamu..


Friday, December 14, 2012

Salam Rindu - Wali Band


Hey kamu.. lagu ini ditujukan untuk saya oleh kamu.. damn good! ahahahha..

enjoy..

Meeting Situ Sini

hi..

kehidupan makin busy dan membusy serta busy body. #Eh..

baru selesai Meeting IT.. duduk..bersandar..tarik nafas.. Legaaa.. alhamdulillah..

alangkah bagus jika semua meeting sama seperti ini..

alangkah bgus jika setiap Meeting IT aku boleh menghembus nafas lega begini.

Eh jangan terlalu asyik.. ia hanya untuk minggu ini..

esok..lusa.. tidak la pasti..

14.12.2012.. eh kamu.. masih ingat tarikh ini.. masih ingat tarikh ini pada bulan sebelumnya..

kau buat aku senyum dalam tangis yang aku hadapi..

aku harap senyuman akan terus di sini..

semoga aku kuat..untuk pertahankan diri di hadapan semua orang yg membenci..

8.12.2012.. eh kamu..masih ingat tarikh itu..

semoga kamu bahagia bersama yang pasti.. dan aku.. semua bermula di situ..


petang..bermain bowling untuk kepuasan sendiri.. ayuh..

lontarkan bola..dan lupakan masalah..

pasti..

Tuesday, December 4, 2012

Bengkak Hati

leh tak nak jadi doktor arini.hehehe.. bengkak hati boleh juga dikenali sebagai penyakit  Hepatitis B. ok.. yeke.hahaha.kalau ye tu kira ok la..kalau tak tu,sila la betulkan.hehehe..

Virus Hepatitis B boleh merebak dengan pelbagai cara:.

- Jika pesakit menerima darah yang tercemar Virus ini akan masuk ke dalam badan pesakit melalui salur darah.
- Virus ini juga boleh di sebarkan melalui hubungan kelamin di mana ia boleh hadir di dalam air mani.
- Bagi ibu yang mengandung dan menghidap penyakit ini, virus boleh di sebarkan kepada bayi melalui dinding uri
- Jenis hepatitis B adalah amat berjangkit dan boleh, dalam kes-kes jarang, boleh merebak di kalangan ahli-ahli keluarga tanpa hubungan seks atau hubungan dengan darah yang dijangkiti kuman. Dalam kes-kes ini, virus mungkin desebarkan oleh berus gigi atau penciuman.
Hepatitis B selalunya dijumpai pada penagih dadah, atau lelaki homoseks.

Sekarang punca dah tau..masalah cara rawatan..hah..sape tahu? cepat kongsi

Monday, December 3, 2012

Ajari Aku

Ajari aku untuk mencinta..eceh.hehehe..

no actually.. please teach me how to settle my problem dengan aman damai tanpa melibatkan siapa2x..

kesian orang yang tak sepatutnya.. tak pasal2x kena marah ngn aku.. padahal kesalahan dia takda la sebesar mana pun.. tapi sebab aku stress dengan keadaan aku.aku marah dia.huhuhu..

hmm..dia pun satu.. mmg menguji kesabaran betul la.. dah kena marah pun wat dek je.aishh.. :(

sensitif la pada persekitaran awk..takkan nak ckp saya tak ok,baru awk nak tahu saya tak ok.. alahai.. sabar uda..sabar..


Diam

Bila aku mula berdiam diri.. itu tandanya aku tidak mahu berkata apa-apa.. dan aku ikut apa arah yang telah ditetapkan untuk aku..

Dan aku mula berdiam diri.. jika tidak ditarik aku untuk terus di sini.. dalam senyap.. aku akan pergi..

Jika tidak mahu memikul satu tanggungjawab..kenapa perlu meminta untuk bertanggungjawab.. dan apabila tanggungjawab dipertaruhkan.. layu..kaku..

diam.. berdiri.. melihat kebelakang.. jika ada yang berubah.. sama sahaja.. duduk..menunggu.. mungkin kali ini.. bangun dan berlalu..

apa guna sayang.. hanya ungkapan.. apa guna cinta..hanya istilah.. ia lebih dari sekadar sayang dan cinta.. ia satu perjalanan..


Friday, November 30, 2012

Jadual Hujung Minggu

Aku seorang yang suka merancang.. maksud aku,aku tak suka kalau takda perancangan..aku tak suka berada dalam keadaan kurang bersedia.. tak suka suprise.hehehe

Jadi,setiap apa yang aku buat biasanya aku dah rancang.. termasuklah hujung Minggu. aku akan pastikan aku tahu apa nak buat untuk hujung minggu aku..

Minggu ni.. aku akan terlibat ngn kursus pengurus cawangan.. then malam aku g tgk bola kat SNBJ dan kemudian aku akan balik rumah untuk tido..

hari ahad lak adalah hari rehat.. hari tido sedunia.hehehe..

Thursday, November 29, 2012

Telefon

setiap kali telefon malas nak angkat..leh tak..huhu..malas nye nak angkat.terutama telefon ofis..rasa macam nak ignore je.hahahahaha

tu je nak ckp..sebenarnya stress.. pasal kerja..dan nak luahkan kat blog..tapi mesti orang bosan..dok cerita pasal kerja je..so,jadi.makanya.maknanya.. aku cerita pasal telefon..

arghh!!!aku stressss

DURIAN

Did i mention about DURIAN yesterday? hehehe.. malam tadi g makan durian.. alhamdulillah.. 5 biji selamat dalam perut nie.. jom..share gambo..

hah..banyakkan durian..pilih saja yang mana berkenan.. lokasi adalah Seksyen 7 Shah Alam. berdepan ngn pintu masuk i-City. ada RM10 untuk 4 Biji, RM10 untuk 3,2 biji, Musang King pun ada.. D24 pun ada..

 muka tersenyum puas dapat makan durian..kenyang dan puas.. tapi kalau dapat makan arini best jugak..makan ari2x pun takpe..lalalalala

 manusia yang ada masalah dalam nak guna straw ni..bile nak cucuk je kat bekas tu,dia punya straw ke dalam.. aku pun tak faham camane nak guna..aishh..biasanya kalau minum air yakult tu senang je..ini punya la susah..huhu..


Wednesday, November 28, 2012

Durian Oh Durian


hah..tau tak tu ape..hahahaha..pada yang tak tahu.meh aku bagitau.. itu adalah durian.. raja segala buah.. sekali lagi bagitau.. itu adalah DURIAN..

dan sesungguhnya aku adalah seorang peminat kipas mati pada durian..tgk gambar pun aku dah boleh tergoda.. kalah godaan yang dibuat oleh manusia.hahahaha..

durian ni sekali makan aku leh makan dalam 10 biji.. hmm..nampak tak saya sebagai penggemar.. tapi pastu badan panas la.. dan rasa nak demam.. tapi ape ada hal.. yang penting makan kan..buat ubat.. :P

dan Hari ini.. pada petang ni..ada orang tu nak bawa saya g makan durian..harap2x jadi.hehehe.. kita makan puas2x.. sakit sama2x..leh mc sesama.hehehe

ok la.. nak berangan durian jap

Tuesday, November 27, 2012

Eh..

pernah tak jadi macam ni..anda nak sangat cakap dengan seseorang.. kira anda nak sangat meluahkan apa yang jadi pada diri anda.. tapi bile anda dapat bercakap dengan orang yang anda nak bercakap.. dia busy dengan benda lain.. dia tengah bersuka ria.. dia tengah dating ngn orang lain.. dan apa yang anda akan rasa.. hampa kan..

situasi 2 :

anda nak sangat jadi sebahagian dari diri seseorang.. anda nak sangat rasa yang diri anda penting untuk orang tu.. dan anda nak dia cari anda masa dia dalam keadaan sedih dan senang.. tapi apa yang jadi..dia cari anda masa dia senang je..masa dia sedih,dia tanggung sesorg.. apa yang anda rasa? anda rasa tak dihargai kan.. macam kita ni dianggap kawan time senang..time susah kita takleh jadi kawan..

ape la aku melalut nie..hahaha.. skrg hujan..dan aku pun berhujan sekali..hujan airmata.. chow

Masalah

setiap orang ada masalah..tul tak.. cuba ckp ngn aku sape je manusia yang atas bumi ni yang takda maslah.. dan seberat mana pun masalah kita.. kita still nak mendengar masalah orang yang kita sayang..tul tak.. kenapa? sebab kita nak rasa yang kita ni sebahagian dari dia..kan..

tapi sesetengah orang ni..dia taknak cerita masalah dia pada pasangan dia.. sebab dia rasa nak tanggung sorang..taknak terbeban..hmm..

tahukah anda bahawa pasangan anda ingin menjadi sebahagian dari anda dan ingin tahu segala masalah anda.. supaya dia rasa dihargai.. dia rasa diperlukan.. tul tak kaum hawa semua..

akhir kata..cerita la masalah pada pasangan anda..mereka mungkin tak dapat menyelesaikan..tapi mereka akan menjadi pendengar yang baik.. untuk anda.. UNTUK KAMU

Stress

pernah tak rasa stress dengan kerja yang melampau..yang mane kita mmg takleh nak luahkan kat sesapa..sebab takda sape yang faham..pernah tak.. dan sekarang saya mengalami stress melampau.. stress yang menggunung..hah.camtu sekali.. but luckly i have my bff which is my officemate yang boleh dengar.. tapi sometime.. we need someone..i mean ' someone' yang boleh kita kongsi.

dan tak dinafikan..setiap kali aku habis meeting, aku mesti stress melampau..dan kali ni mmg aku stress. 2 meeting today, dua2x buat aku rasa macam nak menangis.. actually i already cried.. :(

then today get minit meeting for next week meeting.. langsung rasa takleh nak bernafas.. what should i do actually.. i'm not suppose to think about this too much..

its not easy actually to be responsible and be the one who responsible about something..almost everything.. seriously i'm giving up.. and i dont know my dear sue is feeling the same or not.. but i'm giving up..



Menangis

aku tak suka orang yang membuat aku menangis kerana dia.. aku benci bile aku menangis kerana seseorang.. sebab aku tahu, bile aku mula menangis kerana dia.. bermakna dia ada dalam hati aku.. dan aku benci perasaan ini.. sebab akhirnya nanti aku akan dikecewakan..

Monday, November 26, 2012

Kahwin..kahwin..kahwin..

hi.. :P.. mahu kawen?g la kursus kawen..hahahaha..

saya dengan ringan hati nak mengumumkan saya ni dah g kursus kawen..lalalala..lalalala..lalala.. bernyanyi riang.haha.. tapi malang sekali..sijil gantung kat depan rumah je la.hehehehe..

pastu ni paling mudah la..kalau kita nak tgk org tu dah kawen ke belum..kat sijil kahwin diorang yang asal,akan ada cop.. maksudnya sesiapa yang dah kawen,mmg takleh tipu la.melainkan dia amek kursus kawen lagi sekali.heehhehe..

jadi,jangan main2x tipu ya..

ok..kursus kawen ni best la jugak..banyak input.. tapi aku rasa sape yang lepas pergi kursus kawen bukan makin seronok nak kawen.. tapi makin takut.. takut dengan tanggungjawab.. tak caya?tanya la sesapa yg g kursus kawen..

ok la..malas nak ckp banyak..bye..


melihat

aku tak pernah rasa yang blog aku ni ada orang ikuti.. ada ke org baca blog aku nie..hehehehe..

izinkan aku melalut pagi2x buta ini ye tuan puan..

aku seorang yang sangat sukar untuk bercerita tentang diri aku.. jika kamu bertuah, kamu akan dapat tahu sedikit daripada diri aku.. selebihnya..aku lebih suka mendiam dan memendam.. kerana mungkin itu cara ku..

tapi..jika aku telah memberitahu mu tentang diriku..tentang rahsia ku.. ketahuilah yang kamu sangat aku percayai.. dan percayalah yang kamu sangat memberi makna dalam hidup ini..

jadi..terpulang la ke mana kamu nak bawa hala tujuan kepercayaan aku itu.. :)

today gonna be super busy.. ya allah..kau permudahkanlah segala urusanku pada hari ini ya allah..

Thursday, November 22, 2012

SAVE PALESTIN

arini israel mengumumkan genjatan senjata ke atas bumi palestin.. sudah sejam genjatan senjata dibuat..harap2x dan aku berdoa semoga ia berpanjangan..

kawan2x..marilah kita sama2x mendoakan kesejahteraan palestin dan keselamatan rakyat2xnya..

tapi yang aku pelik tu..org malaysia nie.. tak pernah nak aman.. org sibuk berperang..kita pun sibuk nak berperang sesama sendiri.. come on guys.. tolong lah bersatu.. sampai bile nak macam ni.. belia benci perbalahan!!

dan satu lagi..ada sesetengah orang yang mempersendakan usaha orang lain dalam memberi bantuan..hello!!!sekurang2xnya diorang ada cara..untuk membantu.tapi kau?yang duk nak membangkang je..apa yang kau beri? Doa? doa tak perlu diucap..setiap orang tahu..hmm..ada yang ckp doa itu lagi penting.. ye..itu tak dinafikan.. tapi untuk membangunkan semula palestin..untuk rakyat2x palestin..dia perlukan duit..mungkin bukan duit..tapi bantuan kemanusiaan..dan semua tu perlukan DUIT!!faham???

haiiyaaa..ckp dengan orang macam ni..aku pun leh jadi sewel..sekolah tinggi2x..tapi bodoh tahap dewa dewi!

ok..morning guys..mmuahhhhhhhhh..syg semua

nampak tak?

nampak tak blog aku dah seksi..hahahaha..

hah..amacam?teruja tak sekarang..hikhik.. ok,saya suka ngn blog sy skrg..seksi..takda la si skuter cabuk tu je..yang tak betul2x dari dulu.. sekarang aku guna bibir lak..hahaha..

bibir leh main banyak peranan ye untuk yang tak tahu..

mulut la dengan erti kata lain..mulut leh berdusta..leh bercakap yang benar..leh menipu..menjaga hati..

bibir tu jugak boleh buat anak.hahahahah :P

ok la..malas nak cite panjang..saya suka template blog sy.lalalla

Monday, November 19, 2012

kepercayaan

saya ada masalah yang mana sy susah nak letakkan kepercayaan pada orang.. saya tak percaya pada orang..atau dengan erti kata lain..saya tak percaya pada benda hidup..

hah..normal tak sy nie.. saya sentiasa syak wasangka.. sebab tu saya suka mengakhirkan sesuatu sebelum orang lain mengakhirkannya.. sebab saya takut kecewa..mungkin saya tak yakin dengan orang lain..hmm

saya tahu..sikap sy ni buat banyak orang tak senang.. orang takkan dapat tahu apa yang ada kat dalam minda saya nie.. saya tak benarkan seseorang pun masuk ke dalam minda saya.. dan tahu apa yang saya fikir.. sebab saya tak tahu siapa yang patut saya percaya.. saya cuma percaya kat diri saya sendiri je..

tapi peliknya saya..bile saya dah berikan kepercayaan pada orang.. saya akan sentiasa percaya pada dia.. saya tak tinggalkan sikit pun ketidak percayaan pada dia.. susah kan jadi saya nie..

kata orang..kita kena tinggalkan 10% ketidak percayaan pada orang..tapi saya tak.. saya percaya 100%. hmm..

saya cuba ubah diri saya.. sebelum ni..banyak yang saya lepaskan..kerana sikap tak percaya..

ada sesetengah perkara,saya langsung tak pertahankan.. kerana saya nak mengelak dari masalah.. kerana saya taknak berdepan dengan masalah itu.. jadi saya lepaskan ia pergi..

tapi seseorang menyedarkan saya.. yang kita kena berdepan dengan masalah kita.. atau sampai bile kita nak mengelak dan lari dari masalah kita...

saya sebenarnya takut.. saya takut untuk memberikan kepercayaan pada orang.. mungkin masalah sebenar adalah diri saya sendiri.. bukan pada orang lain..

orang cakap sebelum kita jadi mangsa..kita perlu jadi pemangsa.. dan saya benci bile org ckp macam tu.. :(.
saya tak berniat.. apa yang saya rasa selama ni jujur dari hati saya.. kalau sy ckp sy syg..saya betul2x maksudkannya..

tapi kadang2x keadaan..keadaan berubah..manusia berubah..dan untuk perubahan itu.kita mungkin akan hilang sesuatu.. persahabatan. 

titik itu

maaf..hanya itu yang mampu aku ucapkan.. jika ingin membenci..silakan.. kerana kamu mmg berhak membenci..

tapi semuanya atas sebab tersendiri.. mungkin lebih baik begini.. lebih baik sendiri..

am i too selfish?yes..u can say like that.. but i have my own reason why i did it..dont need to understand me.. i just want you to be my fren..my bestfren.. like before..


holiday

holiday yang panjang adalah sebagai tanda untuk mencari semula kekuatan yang telah hilang.. ia sangat diperlukan bile kita dah takda semangat untuk bekerja.. dan aku..walaupun holiday ku panjang.. tapi aku tak rehat pun.. kat umah aku busy wat garaj kete.. badan sakit2x tapi puas.. sebab untuk seminggu aku tak pk pasal kerja..pasal hal2x di ofis.. aku bebas..walau untuk seminggu.

hari ni kembali ke ofis dengan satu semangat..semangat yang baru.tapi sampai ofis semangat hilang.hahaha..bile tgk banyak keje pending.cess

aku menjalani kehidupan yang baru.. satu rasa yang aku buang untuk mendapatkan satu rasa baru.. alhamdulillah..terbuka hati ku ini..

dan di pagi ini..aku masih membelek kelendar.. bile ingin cuti seterusnya ye.. masih ada baki beberapa hari cutiku ini..


Monday, November 12, 2012

this is my limit!

you start it and I'm the one who need to be blame here?funny.. really funny..  you are funny!!

you telling me that I'm ego .. so.. you're not? are you even listening to me when I'm speak? no.. you're not.. you are telling the 'whole world' about me.. and for that I'm ego?

ask yourself.. have you even want to listen to me when I'm tried to explain?NO!!




silent mode

when you have no one to talk to.. and u just keep silent.. yes.. i know.. aku lari dari masalah.. i dont want to face it.. it hurt me..so much..

i'm just a normal person.. and i'm not perfect..if you expect me to be perfect..i'm sorry.. i can't.






Cerita Dia


buat lah apa yang kau nak buat.. aku dah penat..

nak bagitau semua orang..bagitau je la.. that will be grateful coz i dont need to hide anymore..


rahsia kecil

tak mudah nak puaskan hati semua orang.. tak mudah nak menjaga hati semua orang.. when i tried to make everyone happy.. actually sometimes i'm hurting my self so much..

i just want this time to be special.. for you. for us.. is it very difficult to understand?

i want to be with you..

i'm sorry.. i'm just can't control my emotion rite now..  :(


Saturday, November 10, 2012

10.11.12

ok..tarikh harini sangat best.. terasa macam nak  buat sesuatu kelainan pulak..

terasa nak berkahwin pada hari ini.. ok,sape nak kawen ngn saya pada arini..hantar cincin dan dulang serta wang hantaran cepat.hehehe..

ehem..saya mengantuk pada pagi ini..sekian

Friday, November 9, 2012

please

saya tak kata saya perlukan harta.. tapi saya perlukan duit untuk saya hidup..

saya tak kata saya tak suka seorang diri.. tapi saya perlukan cinta dalam kehidupan seharian saya

saya tak kata saya tak boleh sendiri.. tapi saya perlukan perhatian untuk saya berdiri..

saya tak kata saya tak boleh selesaikan masalah sendiri.. tapi saya perlukan awk untuk beri kekuatan kepada saya..




Thursday, November 8, 2012

if only you

if you don't need me.. tell me.. no need to ignore me like this..

if you really love me.. show it to me..

if you really want to stay with me.. convince me..

if not.. it better you go away..

:(

Wednesday, November 7, 2012

birthday present

tahun ni aku tak wat wishlist..sebab aku tak tahu apa yang nak di wish.. but i still get a few present for my birthday.. thank you so much kepada pemberi.. it really mean something to me.. appreciate it so much.. even though someone tak wish langsung birthday aku..but its ok.. aku dikelilingi oleh orang yang menyayangi aku.. love you all

let me share my birthday gift dengan kamu semua ye..

 headphone.. aku setiap hari menggunakan benda ni.hehehe..tq ye


bunga dan dalam paper bag tu ada anak patung kucing..ehehe..like it..tq
 i really want this.. tq pada seseorang kerana menunaikannya..tq so much.. really love you..


this is from my sista.. i call him whity a.k.a put.. say hi to him..

 dan last but not least.. kek bday saya..tq..tq..tq....

p/s: i'm waiting for something.heheheh

i feel good

aku rasakan perasaan ini kembali.. aku pernah merasakan rasa ini.. dan aku kehilangannya..entah apa rasanya.. dan tak kusangka.. aku merasakannya kembali..

aku hanya inginkan satu rasa.. yang dapat membuat aku berhenti dari mencari rasa yang lain..

jika ini rasanya.. biarlah rasa ini kekal dalam diri aku..

jika tidak.. hilangkanlah semua rasa ini dari diriku..

Thursday, November 1, 2012

kau sempurna untukku

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

p/s: untuk kamu :)

150 Juta Kali :)




permulaan yang baru

30 Oktober 2012.. satu permulaan yang baru bagi aku..bagi kami..bagi dia.. :)

1 November.. which is today.. starting for my new career.. new beginning.. new for new life..hehehe..leh ke cakap camtu.. ahahahhaa..

aku berharap..november will bring me happiness..memberi sesuatu yang positif untuk aku..

i just hope.. i can be happy..with someone i love..


Wednesday, October 31, 2012

Tuesday, October 30, 2012

happy birthday

selamat ulang tahun yang ke 51 mak.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. i love you so much.. u're everything to me.. uda leh hilang 1000x cinta..takkan sama kalau uda kehilangan mak.

uda doakan semoga mak panjang umur, diberi kesihatan yang baik.. di murahkan rezeki dan sentiasa bahagia di samping suami dan anak2x..

puisi untuk IBU

IBU

Puisi Richard Fernando Putra Bela

Ibu kau mengandung 9 bulan
sampai engkau melahirkanku dengan susah paya
engkau merawatku sampai aku tumbuh besar
engkau juga merawatku tampa pamri
dan engkau juga merawatku dengan penuh kasih sayang

Ibu kau mengajariku berjalan sampai aku bisa berjalan
engkau juga mengajariku berbicara sampai aku bisa
Ibu kau bagaikan malaikatku
dikala aku sedih engkau selalu ada untuk menghiburku

Ibu.. aku juga merasa engkaulah pahlawanku
setiap aku kesusahan engkau selalu ada untuk membantuku
Ibu... bekerja keras
untuk menafkahiku
ibu... terima kasih atas pengorbananmu
yang engkau berikan kepada ku
Ibu...


Wednesday, October 24, 2012

Birthday Present

i've got my first birthday present.. terima kasih kepada pengirim..hadiah awk dah sampai di tangan saya dengan selamatnya.. tapi saya takmau bukak lagi.. saya nak tunggu birthday saya..baru saya nak bukak.hehehe..

tapi hati ni meronta nak tahu..apa ye..hahaha

smiling

bile kita bangun dengan senyuman..cukup untuk memberikan sesuatu rasa yang positif.. masalah..sembunyikan lah di dalam diri..jangan ditunjukkan pada orang sekeliling kita..

cinta tu ibarat kita main lumba lari.. pada permulaan kita semua ada satu rasa..nervous..nak memulakan larian.. berada di garisan..kita fokus kepada satu.. menang dan tidak injured.. kita belajar teknik sebelum kita berlari..kita practise sebanyak mungkin.. hanya untuk satu perkara..kemenangan..

masa kita dilepaskan..kita berlari laju..dengan segala teknik yang kita belajar sebelum ni.. ada satu tahap.kita dan lawan akan beriringan.. tapi di penghujung..hanya seorang yang akan menjadi juara..

itu lah cinta..tapi walaupun kita berada di tempat terakhir..kita masih lagi berjaya menamatkan larian tersebut.. bukan kalah..cuma kita bersaing dengan orang yang lebih hebat lariannya..

aku berdiri di suatu sudut..menanti cinta ku datang.. aku pernah berlari..tapi aku injured..dan ak sangat takut untuk memulakan larian itu semula.. semoga suatu hari nanti, akan ada seorang datang kepada ku dan memaut tanganku dan membiarkan aku berlari semula..

untuk sesuatu yang pasti.. insyaallah

the day

happy 18.10 day..

Thursday, October 18, 2012

asking and answering

someone ask me before.. kenapa aku tak macam dulu? kenapa aku tak gembira macam gambar aku yang dulu.. kenapa aku tak sehappy dulu.. kenapa kegembiraan aku sekarang tak sama macam dulu..

hmm..picture always can show the truth color tentang seseoarang kan.. kegembiraan takkan boleh dibuat-buat.. senyuman.. ketawa.. kita akan ketawa,tersenyum dan orang akan nampak.. ia adalah ikhlas atau ia sebenarnya menyembunyikan sesuatu perkara..


and i'm not lie.. i even dont know who i am anymore.. yes..what you see is true.. people will never get to see my truth smiling anymore.. i'm happy now..but its not enough.. it just not enough.. i'm sorry..


mencari apa yang telah hilang sebenarnya sangat susah.. mencari sesuatu yang aku hilang selalu memakan diri aku sendiri..

if you think i'm being selfish.. i'm sorry.. it just i dont find it..

Friday, October 12, 2012

Allah itu ada

aku boleh bahagia kalau aku nak bahagia.. kenapa aku perlu menghukum diri aku macam ni.. apa yang aku dapat? dah la uda..kebahagiaan tu ada..insyaallah.. kebahagiaan adalah untuk orang yang sabar.. untuk orang yang yakin adanye bahagia..

tapi kenapa aku susah untuk melepaskan sesuatu..fokus pada masa depan uda.. fokus..lupakan..sementara je semua nie.. hidup kat dunia ni sementara..dunia ni pinjaman je.

kenapa perlu bersedih..cukuplah..ingat uda.setiap masalah akan ada jalan penyelesaian..pasti ada jalan penyelesaian..

yakin dan yakin dengan kekuasaan allah.. redha..maafkan.. bukan kau dah berjanji dengan diri kau? lupa dengan apa yang kau janji dengan allah? kau takkan menangis lagi kan.. ingat tu.

jangan putus asa uda..jangan sesekali putus asa.

Dear God


u come to me and make me smile.. thank you..

but today.. have something inside me.. one very tiny feeling..

that make me sad.. or the truth is am i sad?or what i fell right now actually..

Ya Allah.. kau jauhkan la semua rasa ini ya allah..

Thursday, September 27, 2012

:)

hati kata suka.. hati tak pernah bohong.. tapi nafsu.. hidup jangan berlandaskan nafsu.. akal selalu menolak.. mencabar diri untuk kebahagiaan..

kan bagus kalau hati,akal dan nafsu boleh bersatu dan bekerjasama..mengajar aku menjadi sesiapa..dan mengajar sesuatu erti sesuatu..


Tuesday, September 25, 2012

jangan

pernah dengar tak orang cakap..jangan menipu seorang penipu..

Wednesday, September 19, 2012

percaya

aku percaya.. satu hari nanti.. akan ada seseorang yang menghulur tangannya kepadaku dan membawa aku pergi..

aku percaya suatu hari nanti akan ada seseorang yang sanggup berkorban apa sahaja untuk aku..

dan aku percaya..jodohku pasti akan tiba jua..suatu hari nanti.. insyaallah..


Monday, September 3, 2012

Muara Cinta

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

Wednesday, August 15, 2012

you.. us..

i cannot lie to myself.. i do miss you.. a lot.. n everytime i think about it, i'll cry..

did you miss me the way that i miss you.. the answer is no..

you are smiling.. seeing the picture.. both of you.. it make me cry.. 

cause i know.. i'm loosing you forever..

hmmm...if only you know how it feel..how hurt i am..

and say sorry doesnt make it feel better.. it become worst..

but i'll stay strong.. 

i'll find someone who can take care of me..

like you do..

i closed my heart.. not give anyone chance..

until i'm very sure..

that the person will never leave me..

Like you did..

Jambu


Situasi : 

Ada dua biji buah Jambu.

 Jambu A sangat elok kulitnya..bersinar2x..

  Jambu B pula kulitnya dah nak layu..

Aku berani jamin.. kebanyakan dari kita akan memilih Jambu A.

betul tak?

Jangan tipu..

Tanpa kita sedar.. sebenarnya.. isi di dalam Jambu A penuh dengan ulat..

Tawar..Dan rosak..

Sedangkan Jambu B, kulit yang dah nak layu tu..

Tapi isinya sangat Manis, dan dalamnya Elok..

Janganlah kita tertipu dengan pandangan mata kasar kita..

:(

Monday, August 13, 2012

Sesungguhnya Allah Mengetahui Segala Isi Hati..

Kita boleh menipu dengan semua orang.. 

Kita boleh menidakkan semua perasaan kita..

Kita boleh berpura-pura yang kita ok..kita tak ok..kita itu kita ini..

Tapi kita takkan dapat menyembunyikan daripada DIA..

Kerana dia mengetahui.. segala apa yang kita rasa..


Saturday, August 11, 2012

Wednesday, July 25, 2012

Apalah Erti Menunggu

Telah lama aku bertahan
Demi cinta wujudkan sebuah harapan
Namun ku rasa cukup ku menunggu
Semua rasa telah hilang

Sekarang aku tersadar
Cinta yang ku tunggu tak kunjung datang
Apalah arti aku menunggu
Bila kamu tak cinta lagi

Namun ku rasa cukup ku menunggu
Semua rasa tlah hilang
Sekarang aku tersadar
Cinta yang ku tunggu tak kunjung datang
Apalah arti aku menunggu
Bila kamu tak cinta lagi

Dahulu kaulah segalanya
Dahulu hanya dirimu yang ada di hatiku
Namun sekarang aku mengerti
Tak perlu ku menunggu sebuah cinta yang sama


* Lirik ini menceritakan apa yang saya rasa sekarang.. :(

Tuesday, July 24, 2012

Hey

nak story apa?entah.. sebab takda story..

lama sangat blog ni bersawang..sama macam bersawangnye hati ini :(

sinar akan muncul.cuma perlu masa..dan masa tu takda sape tahu bile..

yakinlah.. di sebalik kesedihan.. akan ada kegembiraan.. percayalah..

Tuesday, July 10, 2012

Selamat Datang Ke Dunia Saya

 

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just don't belong
And no one understands you
Do you ever wanna runaway?
Do you lock yourself in your room?
With the radio on turned up so loud
That no one hears you screaming


No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around

To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life


Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more?
Before your life is over
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding


No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

No one ever lied straight to your face
No one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy but I'm not gonna be okay
Everybody always gave you what you wanted
Never had to work it was always there
You don't know what it's like, what it's like

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like (what it's like)

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life
Welcome to my life
Welcome to my life

Thursday, July 5, 2012

Selamat Tinggal

Izinkan aku pergi
Apa lagi yang engkau tangisi
Semogalah penggantiku
Dapat lebih mengerti hatimu

Memang berat kurasa
Meninggalkan kasih yang kucinta
Namun bagaimana lagi
Semuanya harus kujalani

(*)
Selamat tinggal
Kudoakan kau selalu bahagia
Hanya pesanku
Jangan lupa kirimkan kabarmu

Bila suatu hari
Dia membuat kecewa di hati
Batin ini takkan rela
Mendengarmu hidup menderita

Sayang.. walau kebersamaan kita hanya sesaat
Namun kau tetap bagian dari jiwaku
Kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati
Semoga kelak kita dapat bersatu lagi kelak kita takkan berjumpa lagi
(Ulang *)

DEleting You

sebenarnya aku sayang blog nie.. dah beberapa kali aku cuba tekan button delete blog. tapi aku cancelkan..

ntah la.. aku sayang..tapi aku tak tahu la.. apa patut aku rasa.. everything changed.. me changed.. everyone changed..

or should i delete old entry and starting new..the same blog without old post..

arghh..pening nak berfikir.. ur suggestion fren? should i delete this blog and create new one.. or i have to delete past entry and starting write new or biarkan macam nie je..