Pages

Monday, December 31, 2012

TED




nama dia ted.. dan dia saya yang punya.. ohoooiiiii

meh sume salam ngn ted..

Wednesday, December 26, 2012

BILA

Bila semua tindakan kita sentiasa diragui..

bila semua tindakan kita diselangi dengan rasa sangsi

bila semua tindakan kita dipertikaikan..

aku tak mampu nak buat ape dah..

malas nak mempertahankan diri..

jadi aku mengalah..

tak guna nak mempertahankan diri pada orang yang taknak dengar..

sama je macam aku mencurah air ke daun keladi..


Fed up!!

entry ni aku tulis secara serius..

aku penat..fedup..semua ada..

masalah kerja yang berlambak.. apa yang aku nak sedikit kefahaman dan sedikit rasa untuk tidak menambahkan keserabutan otak aku..

dan skrg aku dapat sedikit berita gembira.. tapi bile dikongsi.. macam takda ape..

dan skrg aku rasa malas nak layan..

lantak la ape nak jadi.. coraklah hubungan ni ikut apa yang kau nak corak..

hidup aku hari ni tak terurus..berlambak masalah kat ofis nie.. terlalu banyak keje yang aku kena buat dan selesaikan..

so.. up to you..apa nak buat! sebab aku dah malas.. penat sangat..

salam!

Dusun

OMG!!!! Saya ada satu pengalaman baru yang membuatkan saya teruja.hehehe..

teruja gile..excited gile dan penat gile..huhu

semalam 25 Dec 2012.. orang lain mungkin ngah rehat2x kat umah.. yang sambut hari krismas mungkin sedang sambut la kan..tapi aku sambut dekat dusun durian.. (nak tunjuk gambar tapi lupa yang sy tak amek gambar)..

rugi tul la takda gambar.huhu

ok..gerak ke jengka pahang kul 8 pagi.. dalam kul 11 pagi sampai la jengka..pastu terus gerak ke dusun..

letak barang kat rumah kat dusun tu.. pastu terus memulakan aktiviti mengait buah manggis.hehehee..

seriously..rasa macam berada dalam syurga buah.hehee..buah manggis boleh petik guna tangan je.hikhik.. tapi yang tinggi tu kena guna galah la..

pastu tengahari tu berhenti jap..g makan..dalam keadaan yang kotor, g makan kat kedai.hikhik..

petang sambung balik.. amek langsat, rambutan dan manggis lagi.. penuh la bonet kereta tu..

pastu dalam kul 5 balik umah kawan.. then mandi.. dan ini first time la aku buat..mandi kat kolah.. tau tak ape tu kolah?

kolah tu macam satu tempat yang di isi air la.. biasanya paras dada kita.. dan ia terbuka.maksud aku,terbuka macamane ye.hmm..terbuka la..

dia takda bumbung..dan biasanya orang akan mandi ramai2x kat situ..dan itulah pengalaman pertama aku mandi macam tu.hahaha..

tapi takda la aku mandi beramai2x sangat.. aku mandi ngn sue je.. sue banyaklah ajar aku cara2x nak mandi kat kolah.hahaha.. serius rasa macam seorang dungu lak tetibe bile mandi kat kolah.hahahaha..

pas magrib terus balik umah..

kul 1 pagi sampai la kl.ngeee

hhuhuhu..dan skrg.aku dah terpacak kat ofis.huhu




Monday, December 24, 2012

Durian Crepe

teringin aku teringin..

teringin memakan durian crepe..

sungguh aku teringin

aku nak makan durian sebenarnya

hahaha..tapi sudah cukup sudah

takkan ku sentuh durian lagi.. (percayalah)

aku cuma nak makan durian crepe je.ngeee

Cantik Kan


 comel kan kucing ni.. tgk mata dia..


 cara dia tidur..sama je macam manusia tidur..


 dia manja..penyayang..sama je macam kita..


 suka ambil gambar..fotogenik..sama macam sesetengah manusia..


jadi teman berborak..manja..manja..manja dan memahami..

tapi kenapalah ada seorang manusia ni yang tak boleh nak terima kecomelan kucing nie..kenapa..kenapa..

kenapa aku tak dibenarkan membela kucing.. arghh!!!aku stresss..

huhuhuhu..

comel kan kucing nie.. nak ckp je..kucing ni comel :(

Marah

bila kita marah..

kita selalu nya tak ingat apa kita cakap..

kita ckp tanpa berfikir..

dan disebabkan kita ckp tanpa berfikir..

kita kekadang akan melukakan hati ramai orang.. tanpa kita sedar..

Jadi..maafkan aku untuk yang terluka hatinya..

aku hanya insan biasa.. dikawal dek emosi dan nafsu..

maafkan aku

Sunday, December 23, 2012

Hujung Minggu

hujung minggu di ofis.. dan aku dapat rasakan..mingg hadapan hujung minggu ku juga di ofis..

harap2x tidak la.huhu.. next week ada plan.. :(

harini berjaya selesaikan satu report.. alhamdulillah..

maka,setelah selesai..mari kita manjakan diri dengan youtube.hehehe

aku takleh bayangkan sehari hidupku tanpa internet..mesti aku mati.ngee

mati akal

Saturday, December 22, 2012

Tips Putus Cinta

jika tanya aku apa tips masa aku putus cinta..hehe..

aku akan ckp aku hampir nak bunuh diri.

aku hampir nak hilang arah..hampir jadi gila..murung.tak makan..tak minum.. tak tidur.. huh..

buang masa semua tu..jadi.untuk yang putus cinta. ini ada sedikit tips untuk anda

 

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.






2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.




4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.



5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.




7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Puisi Putusnya Cinta


Hari-hari ku terasa hampa…
Setelah bayangmu tak pernah lagi ku jamah…
Senyummu tak pernah lagi ku rasa…
Aku seperti tak bernyawa…
Saat kau tinggalkan aku dalam diam…

Kau acuh kan aku tanpa perasaan…
Kau buat aku menangis…
Namun di saat ku mulai mengubur tentangmu…
Membuang kenangan kita,kau tiba-tiba hadir…
Seakan rasa salah tak pernah ada di benakmu…

Namun,aku takkan pernah lagi tersenyum untukmu…
Kerana langit tak selamanya cerah…
Kerana angin tak selamanya memberikan kesejukan…
Kerana aku , Tak selamanya mengharapkan CINTAMU…



Jujur

Secara jujurnya aku tak boleh mendengar kisah putus cinta..

bile dengar orang lain putus cinta je.. aku automatik akan sedih..



serius.. mmg serius.. walaupun org tu takda kena mengena ngn diri aku ni

kalau ada,lagi la memberi impak yang tinggi

aku boleh menangis bile mendengar diorang putus cinta..

lihat..bertapa mudahnya airmata aku mengalir sekarang nie..

jika mengenali aku dahulu,akulah manusia paling susah nak nangis..

tapi sekarang..aku sangat mudah menangis.mudah terusik..

sebab tu orang pernah ckp.

cinta boleh merubah seseorang...




berbalik pada putus cinta..

kenapa aku mudah sangat rasa terusik.. entah..aku tak tahu..mungkin aku pernah merasai perasaan itu.. perasaan ditinggalkan..perasaan dikecewakan.. sebab tu aku terlebih sensitif

aku harap.. untuk semua..

berkasih sayang la.. hargai kasih sayang yang ada.. jangan mudah untuk memutuskan suatu perhubungan..ingatlah susah payah nak membina satu hubungan tu..

jadi..hargailah pasangan anda..

pesanan penaja dari saya..budak cute.hahaha






Kuyu

mata kuyu di pagi sabtu..

semalam hangout dengan member2x ofis.. seronok..ye..sangat..

borak2x..ketawa..gurau senda..makan..minum..

mungkin ni kali terakhir aku akan keluar ngn diorang..

mungkin..segalanya mungkin..

pagi ni kena kerja..kerja ngn sue..

sue mungkin tengah busy wat programming..

aku yang lost.. lost entah kemana..

MALAS!!itu puncanya..

tengahari kalau jadi nak g main bowling.

asah tangan.hehe.leh ke ckp camtu.asah tangan yang dah seminggu tak men bowling.

segalanya akan berubah tahun hadapan.. su akan menjadi puan.

aku masih lagi cik.hahaha

tak dapat dah nak men bowling sesama nanti.huhu


 fokus..fokus..memerlukan fokus yang tinggi

Friday, December 21, 2012

Lara Lagi

sang siput sedang mendengar lagu..

dan dia sangat suka lagu ini..

Lara Lagi - Adira


Thursday, December 20, 2012

Cinta

susah nak mengerti..tapi senang je sebenarnya..

aku suka kau..kau suka aku..

kita saling suka..

membina rasa tu mudah..

mengekalkan rasa itu sukar

rasa aku tidak pernah berubah..

kau tetap ku cinta..sayang..rindu dan semuanya..

jadi.. tolong mengerti ye..

rasa cinta ini..hanya untuk kamu..

jadi.. sila lah berbangga untuk itu :)

Pelangi

Indah.. sekejap je.. itu pun muncul selepas hujan..

tapi indah..sangat indah..

tanpa sedar.. ungkapan namanya sentiasa terucap di bibir..

tanpa disengajakan..sumpah..tidak disengajakan..

dan tanpa disedar.. hati nya telah tersakiti bile nama itu diungkapkan..

tanpa disedar.. sumpah..tanpa sedar..

dia hanyalah memori..satu kenangan.. satu masa silam

dan kamu adalah kenyataan..satu kehidupan..satu perjalanan..

nyata..pasti.. hanya kamu..

maafkan aku..

tapi buka hati ini.. nama kamu yang ada waktu ini..

:)

Wednesday, December 19, 2012

Mimpi

Berbual dan tertidur..

Rutin pada setiap hari..

Dalam Tidur.. Kamu Datang..

Tak pasti..tidak juga realiti..

Semuanya dalam satu kertas putih.. Dicorak sebelum dibuang keesokan hari.

Hadir kamu. dalam pelbagai versi.

Sedih, Gembira.. Kecewa.. Ketawa..

Tak Pasti..

Aku rindukan kamu.. yang pasti..

Bile kita akan berjumpa lagi..

Minit dan Saat rasa lambat

Aku harap esok..kau hadir

:(

Aku rindukan kau wahai kekasih..

My Life..Our Life.. Programmer


Panjang

Tulisan panjang..berwarna..

Semua menuju kepada satu output..

Jika salah, memberi impak yang besar..

kepada semua..

Jika benar. semua akan menggunakannya.. Gembira..

Dalam proses menjadikannya benar..

Aku mungkin tewas..

hai la sistem..

Susah..Sukar.. Tiada Kemahiran.

:(

Blessed

Blessed are they who understand
My faltering steps and palsied hand
Blessed are they who know that my ears today
i must strain to catch the things they say
Blessed are they who seem to know
That my eyes are dim and my wits are slow..

Blessed are they with a cherry smile
who stop to chat for a little while
Blessed are they who never say
"You've told that story twice today.."

Blessed are those who know the ways
To bring back memories of yesterdays
Blessed are they who make it known
That i am loved, respected and not alone

Blessed are they who know i am at a loss
To find the strength to carry the cross
Blessed are they who ease the days
On my journey home in loving ways..

-Anonymous

Tuesday, December 18, 2012

Bayang

Menjadi Bayang tu tak best..

tak kelihatan..

hidup dengan bayang-bayang tidak seronok..

Dia adalah bayang kepada si pembayang..

Selalu bayang diungkapkan.. di dalam setiap ucapan

terlalu banyak bayang nye..

Mungkin bayangku tidak lagi cukup kuat

untuk dijadikan perbualan

Olehnya

Aku kalah pada bayangnya..

Merajuk

Merajuk..

dipujuk.. itu semua yang kita harapkan..

Merajuk..

Tutup HP.. rasa nak marah la pulak kan

Camane nak memujuk kalau hp tak di onkan..

Merajuk..

Tanda sayang? tepat sekali..

Merajuk tanpa ada sebab pun rasa nak marah gak..

Merajuk

Jangan lah merajuk

Kalau la diketahui bertapa berertinya kamu pada diri ini..

Jadi,berhentilah..

dan terus menyayangi..

Maaf

Maaf kerana membenarkan hati ini pernah berada di hatimu..

Maaf kerana membenarkan rasa ini pernah berada di rasamu

Maaf kerana pernah hadir dalam hidupmu.

Maaf kerana membenarkan kisah ini menjadi kisahmu

Tiada ungkapan selain dari Kemaafan..

Maaf kerana membiarkan kau di situ..

Maaf kerana aku terlalu sibuk mencari diriku

Maaf kerana aku melepaskan rasa itu..

Kerana padaku itu yang terbaik yang boleh dibuat

Untuk menjaga Rasa, Hati dan Kisah semua orang..

Tidak perlu percaya.. cuma perlu di rasa

Kisah kita akan menjadi sebahagian dari kisah hidupku

Kisah yang Tak mungkin aku lupakan..

Kerana kau mmg pernah berada di dalam hati ku..

Cuma kini.. arah kita berbeza..

Kau.. Aku.. menjadi dua individu yang berbeza..

tiada lagi gurau senda..

Semua kerana kisah yang pernah kita ada.

Persahabatan itu yang aku rindu..

Sungguh..

Penghibur Jalanan

Scorpio

Perahsia..

sifat seorang scorpio.. sifat seorang aku..

tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya ada dalam hati seorang aku..

zahirnya tidak akan sama dengan apa yg ada di dalam..

aku.. sukar dimengerti.. aku.. mudah berubah hati.

seorang aku.. suka mengambil jalan tengah..

penyayang..setia.. itu tidak pasti

pengalaman mengajar aku..

kesetiaan bukanlah satu pilihan.. bukan satu kepentingan.

sesetianya aku pada cinta.. aku yang merana.

hati ku berikan kepada siapa yang ingin menjaganya..

kau pegang ia dengan kuat.. aku engkau yg punya..

kau lepaskan sedikit pegangan itu, aku akan pergi..

Seorang Aku..

perjalanan yang sukar untuk dimengerti..

tapi aku pasti. kau mmg pernah ada di dalam hati.

cuma ia tidak cukup untuk buat aku terus di situ..

kerana aku..seorang aku

Lega

ambil kertas dan pensil.. arahan dan duduk.. berbincang..menulis dan memperbetulkan..

tamat.. menghembus nafas lega.. selesai satu tugasan..

bukan mudah.. tapi aku berusaha untuk jadi yang terbaik..

insyaallah..

melihat jam..aku rindu.. hmm..

demam.. risau.. alangkah bagus kalau aku yang merasainya dan bukan dia..


Monday, December 17, 2012

Itu dan Ini

bersandar di kerusi..memerhati..

cermin gelap di hadapan..nampak semua susuk tubuh..

seakan melihat diri sendiri tetapi dalam dimensi yang berbeza..

ambil cawan,lihat di dalam.. menghirup.. sambil menghembuskan nafas..

mungkin disini tidak lagi menjadi tempat yang di impikan..

lihat kekiri.. mereka fokus melihat kepada sesuatu..

kerja..

lihat kekanan dinding..kosong..

alihkan perhatian ke hadapan semula.. dan terus melihat diri sendiri..

inikah aku yang sebenarnya..atau ia hanya topeng..

topeng dari menampakkan siapa aku sebenarnya

atau ini adalah aku..

pejam mmata,dan cuba lari dari realiti..aku melihat diriku dalam gelap ini..

Baling Dan Tangkap

lontar sesuatu dari tangan ke bawah.. menarik nafas dan hembus..

tidak juga lega.. ambil pen,capai nota dan bergerak ke atas..

bercakap..terlalu banyak bercakap.. tiada kata putus..

bosan..letih bukan.. bercakap tanpa ada keputusan yang pasti

akhirnya aku tersenyum dalam hati..

meeting ini penuh dengan orang yang bijak pandai..

tapi dalamnya KOSONG..

17 December 2012

hey.. its 17 December..

krismas semakin hampir.. cuti tak dapat. aish.. tapi macam la aku sambut krismas kan. :P

Tahun baru semakin hampir.. tapi cuti tak dapat.. ok. tahun baru aku sambut ye. :(

esok hari lahir akak.. jam.wallet. apa yang mahu diberi..

lusa hari lahir adik.. masih buntu tentang hadiah..

argh..kan bagus kalau bile pk je hadiah,hadiah terus muncul depan mata.. (terpengaruh dengan krismas)

gantung stokin di dinding.. letak wish di dalamnya..

esok pagi bangun tgk tikus yang tido kat dalam stokin..erkkk.. (takut)

di ofis fokus pada kerja.. tapi dalam diri fokus pada cuti..

mungkin cuti terakhir aku di sini.. siapa tahu kan..

yang pasti..ini hujung tahun yang terakhir aku di sini.. tahun depan insyaallah di tempat baru :)


vice versa.. baik dan buruk..

jangan lupa untuk tersenyum.. semoga bahagia.. bersama semua yang menghappykan kamu..


Friday, December 14, 2012

Salam Rindu - Wali Band


Hey kamu.. lagu ini ditujukan untuk saya oleh kamu.. damn good! ahahahha..

enjoy..

Meeting Situ Sini

hi..

kehidupan makin busy dan membusy serta busy body. #Eh..

baru selesai Meeting IT.. duduk..bersandar..tarik nafas.. Legaaa.. alhamdulillah..

alangkah bagus jika semua meeting sama seperti ini..

alangkah bgus jika setiap Meeting IT aku boleh menghembus nafas lega begini.

Eh jangan terlalu asyik.. ia hanya untuk minggu ini..

esok..lusa.. tidak la pasti..

14.12.2012.. eh kamu.. masih ingat tarikh ini.. masih ingat tarikh ini pada bulan sebelumnya..

kau buat aku senyum dalam tangis yang aku hadapi..

aku harap senyuman akan terus di sini..

semoga aku kuat..untuk pertahankan diri di hadapan semua orang yg membenci..

8.12.2012.. eh kamu..masih ingat tarikh itu..

semoga kamu bahagia bersama yang pasti.. dan aku.. semua bermula di situ..


petang..bermain bowling untuk kepuasan sendiri.. ayuh..

lontarkan bola..dan lupakan masalah..

pasti..

Tuesday, December 4, 2012

Bengkak Hati

leh tak nak jadi doktor arini.hehehe.. bengkak hati boleh juga dikenali sebagai penyakit  Hepatitis B. ok.. yeke.hahaha.kalau ye tu kira ok la..kalau tak tu,sila la betulkan.hehehe..

Virus Hepatitis B boleh merebak dengan pelbagai cara:.

- Jika pesakit menerima darah yang tercemar Virus ini akan masuk ke dalam badan pesakit melalui salur darah.
- Virus ini juga boleh di sebarkan melalui hubungan kelamin di mana ia boleh hadir di dalam air mani.
- Bagi ibu yang mengandung dan menghidap penyakit ini, virus boleh di sebarkan kepada bayi melalui dinding uri
- Jenis hepatitis B adalah amat berjangkit dan boleh, dalam kes-kes jarang, boleh merebak di kalangan ahli-ahli keluarga tanpa hubungan seks atau hubungan dengan darah yang dijangkiti kuman. Dalam kes-kes ini, virus mungkin desebarkan oleh berus gigi atau penciuman.
Hepatitis B selalunya dijumpai pada penagih dadah, atau lelaki homoseks.

Sekarang punca dah tau..masalah cara rawatan..hah..sape tahu? cepat kongsi

Monday, December 3, 2012

Ajari Aku

Ajari aku untuk mencinta..eceh.hehehe..

no actually.. please teach me how to settle my problem dengan aman damai tanpa melibatkan siapa2x..

kesian orang yang tak sepatutnya.. tak pasal2x kena marah ngn aku.. padahal kesalahan dia takda la sebesar mana pun.. tapi sebab aku stress dengan keadaan aku.aku marah dia.huhuhu..

hmm..dia pun satu.. mmg menguji kesabaran betul la.. dah kena marah pun wat dek je.aishh.. :(

sensitif la pada persekitaran awk..takkan nak ckp saya tak ok,baru awk nak tahu saya tak ok.. alahai.. sabar uda..sabar..


Diam

Bila aku mula berdiam diri.. itu tandanya aku tidak mahu berkata apa-apa.. dan aku ikut apa arah yang telah ditetapkan untuk aku..

Dan aku mula berdiam diri.. jika tidak ditarik aku untuk terus di sini.. dalam senyap.. aku akan pergi..

Jika tidak mahu memikul satu tanggungjawab..kenapa perlu meminta untuk bertanggungjawab.. dan apabila tanggungjawab dipertaruhkan.. layu..kaku..

diam.. berdiri.. melihat kebelakang.. jika ada yang berubah.. sama sahaja.. duduk..menunggu.. mungkin kali ini.. bangun dan berlalu..

apa guna sayang.. hanya ungkapan.. apa guna cinta..hanya istilah.. ia lebih dari sekadar sayang dan cinta.. ia satu perjalanan..