hi.. nak share tentang bahaya sisha.. bahaya rokok semua orang dah tau kan.. sekarang kita p pada sisha lak.. info ni saya ambil dari metro :)
Bahaya shisha lebih teruk 400 kali dari rokok!
 Shisha adalah rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok, juga 
dikenali ‘gelembung Hubble’, amalan popular dari Asia Barat.
 Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
 Air di dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap 
selain turut mengandungi nikotin, karbon monoksida dan bahan lain 
seperti rokok biasa. Arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan 
dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok 
biasa.
 Penghisap shisha atau tembakau herba berisiko 
mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Ia disebabkan,
 dalam satu sesi menghisap shisha memiliki kecenderungan 4 hingga 5 kali
 lebih tinggi kandungan karbon monoksida berbanding semasa menghisap 
rokok tembakau. Tingginya kadar karbon monoksida ini berpotensi 
menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar.
 
Perkongsian paip shisha mendedahkan pengguna kepada bahaya lain seperti 
penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit berjangkit biasa kita 
dengar tibi (batuk kering). Tidak hairanlah jika kes tibi di Mesir 
menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
 Laporan 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  menyebut shisha berbahaya 400 kali 
ganda daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan 
tar yang kepekatannya tinggi berbanding rokok. 
 WHO juga melaporkan, 17 peratus kes penyakit batuk kering, dikaitkan dengan penggunaan shisha.
p/s : pada yang hisap sisha tu..ape kata berhenti..hisap rokok je la.. :) 
2 comments:
maka marilah isap rokok sahaja..tinggal shisha perisa durian itu..haha
betui tu..kalau takleh tinggal.baik hisap rokok je..
Post a Comment