Pages

Wednesday, August 6, 2014

Harapan Aku

harapan aku
semoga aku tidak jatuh terlalu dalam kepada kamu
supaya aku tidak jatuh ketika kamu pergi
supaya aku tidak jatuh ketika aku berharap
harapan aku
semoga aku tidak begitu menginginkanmu
supaya aku bersedia bila kehilanganmu
supaya aku bersedia untuk segala kemungkinan yang mungkin ada
harapan aku..
agar aku tidak menghafal nombor telefonmu
agar aku tidak perlu berusaha untuk memadamnya dari ingatan
agar aku tidak perlu sentiasa mahu menelefonmu
ketika kau pergi meninggalkan aku..

harapan aku
semoga aku tahu wujudnya dinding
yang telah aku bina
untuk aku tidak terluka..
untuk dinding konkrit ini utuh
agar tiada yang bisa menjatuhkan..

harapan aku
semoga aku tidak kehilanganmu
terima kasih..
hadir dalam hidup aku
terima kasih
kerana ada dengan aku
ketika dia dan mereka menidakkan kehadiranku..

#Terima Kasih Daun Keladi.. Hari sabtu kita jumpa lagi :)


No comments: