Pages

Friday, July 25, 2014

Dinding itu ini.. Rasa dan sebuah rasa

aku punya rakan..
aku punya kawan.
aku punya sahabat..
tapi tidak sampai ke tahap kekasih..
apa ada dengan perasaan ini..
apa perlu aku rasa begini..
tidakkah aku mendustakan sebuah rasa
jika aku mempunyai rasa ini?
apa ikhlas setiap perhubungan yang diberi
apa benar tanda persahabatan yang dihulurkan..
jangan..jangan biar aku jatuh lagi dalam..

sejujurnya..
sudah wujud rasa ini..
tapi tidak akan aku katakan..
tidak juga aku fikirkan..
ku biarkan semuanya pergi..
kerana dinding konkrit yang telah aku bina..
tidak ku biarkan ia runtuh kerana kasih yang diberi..
tidak layak untuk aku merasai rasa ini..
sepatutnya aku ketika ini mati..
dalam riuh..aku sepatutnya mati.
hati..mati..

dan sejujurnya..
aku suka berada disekitar kamu..
sejujurnya..
aku suka kau menemani aku.
sejujurnya..
aku selesa dengan rasa ini..
tapi selebihnya.. kau perlu melepasi dinding ini
dinding konkrit yang aku cipta..
untuk mengelakkan aku dari ditimpa sekali lagi..




No comments: