Pages

Monday, September 1, 2014

Sakit

Aku mmg suka menyakitkan hati sendiri
Suka melihat diri sendiri terluka kecewa
Tak apa..masih baru..masih berdarah..
Bukan tak biasa dikecewa
Jadi kenapa tidak dan kenapa bukan sekarang..
Aku tak layak dicinta..
Aku tak layak mencinta..
Jika aku layak..
Aku tidak akan dikecewa..
Maka aku hukum diri aku sendiri..
Agar tidak mencinta..dicinta dan member peluang di suka..
Kerana itulah hukuman yg paling layak untuk aku..

Hati ini hitam..pekat..kelam..
Ibarat sang perokok yg setiap saat menghitamkan hatinya..
Tanpa sedar..
Tanpa duga..
Sehingga aku mati sendiri..
Dia..
Berhak yg lebih baik..
Dia..
Berhak seseorag selain aku..
Aku..
Terlalu banyak kurangnya.
Yang nyata..yg tiada..
Kekurangan yg aku ada..

😔😔😔😔😔😔

Wednesday, August 6, 2014

Penimbang Vs 1K

Hahahaha..
izinkan aku ketawa dahulu
dengan apa yang aku setuju..
Di satu petang.. seorang berkata
Turun 10kg dalam masa 2 bulan
dan ada habuan
dan aku dengan yakin terus cakap
YA.. diterima!

Maka..
kau penimbang
dan kau lemak..
sila bekerjasama dengan aku
kerana aku ada misi..
misi yang perlu aku selesaikan..
mata duitan?
hey..
ini peluang ok..
ini peluang untuk aku kurus

Sekian..

Misi 2 bulan bermula.. Misi peribadi.. misi masa depan..


Harapan Aku

harapan aku
semoga aku tidak jatuh terlalu dalam kepada kamu
supaya aku tidak jatuh ketika kamu pergi
supaya aku tidak jatuh ketika aku berharap
harapan aku
semoga aku tidak begitu menginginkanmu
supaya aku bersedia bila kehilanganmu
supaya aku bersedia untuk segala kemungkinan yang mungkin ada
harapan aku..
agar aku tidak menghafal nombor telefonmu
agar aku tidak perlu berusaha untuk memadamnya dari ingatan
agar aku tidak perlu sentiasa mahu menelefonmu
ketika kau pergi meninggalkan aku..

harapan aku
semoga aku tahu wujudnya dinding
yang telah aku bina
untuk aku tidak terluka..
untuk dinding konkrit ini utuh
agar tiada yang bisa menjatuhkan..

harapan aku
semoga aku tidak kehilanganmu
terima kasih..
hadir dalam hidup aku
terima kasih
kerana ada dengan aku
ketika dia dan mereka menidakkan kehadiranku..

#Terima Kasih Daun Keladi.. Hari sabtu kita jumpa lagi :)


Friday, July 25, 2014

Dinding itu ini.. Rasa dan sebuah rasa

aku punya rakan..
aku punya kawan.
aku punya sahabat..
tapi tidak sampai ke tahap kekasih..
apa ada dengan perasaan ini..
apa perlu aku rasa begini..
tidakkah aku mendustakan sebuah rasa
jika aku mempunyai rasa ini?
apa ikhlas setiap perhubungan yang diberi
apa benar tanda persahabatan yang dihulurkan..
jangan..jangan biar aku jatuh lagi dalam..

sejujurnya..
sudah wujud rasa ini..
tapi tidak akan aku katakan..
tidak juga aku fikirkan..
ku biarkan semuanya pergi..
kerana dinding konkrit yang telah aku bina..
tidak ku biarkan ia runtuh kerana kasih yang diberi..
tidak layak untuk aku merasai rasa ini..
sepatutnya aku ketika ini mati..
dalam riuh..aku sepatutnya mati.
hati..mati..

dan sejujurnya..
aku suka berada disekitar kamu..
sejujurnya..
aku suka kau menemani aku.
sejujurnya..
aku selesa dengan rasa ini..
tapi selebihnya.. kau perlu melepasi dinding ini
dinding konkrit yang aku cipta..
untuk mengelakkan aku dari ditimpa sekali lagi..




Tuesday, July 22, 2014

KALAH

Keliru bile malam menjelma..
Setiap tidur akan selalu dijaga..
Hati..jangan kau jatuh..
Manusia mmg mudah berkata..
Manusia mmg mudah didekati..
Manusia mmg mudag berjanji..
Tapi tidak semua yg dikata..yg didekati dan yg dijanji itu dimaksudkan..
Hai la hati..
Terus benar dinding konrit ini tinggi..
Jangan benar siapa berjaya melintasi..
Jangan benar siapa melangkah masuk..
Agar kau tidak perlu bersedia..
Utk benar dia melangkah pergi..

Hi hati..jangan keliru..
Usah keliru..
Ambil iktibar apa yg telah jadi..
Kau memberi..kau mati.
Tidak adil pada sang pengganti..
Tapi kau perlu lindungi diri..
Tapi jari boleh menulis..
Tapi hati..
Ak suka kau..
Tapi ak tahu dan yakin..
Kita xkan blh bersama..
Kerana hati kau..
Masih lagi pd si dia..
Dan aku tahu..
Dan aku rasa..
Setiap rasa itu..
KALAH..