Pages

Saturday, October 19, 2013

Bila Hati Mula Bicara

Dalam pada masa kau mengejar seseorang.. 
sebenarnya kau mungkin telah pun kehilangan seseorang.. 
Dalam kau cuba mendapatkan seseorang.. 
kau sebenarnya telah pun kehilangan seseorang.. 
dalam kau berusaha mendapatkan dia.. 
Sebenarnya..kau telah pun kehilangan Aku..

Bicaramu manis tiada orang sedar..
tuturmu seringkali melembutkan jiwa..
tapi tuturmu untuk semua..
tiada yang istimewa dituturkan untuk aku..
kau bilang pada semua tentang siapa yang kau mahu
tapi denganku kau katakan cintaku?
cinta yang bagaimana yang ada dalam hidupmu?

kau bilang pada dia.. burukkan perihalku..
kau bilang pada dia..tentang keburukanku..
tiada sekali kau pertahankan aku
di hadapan dia..tiada pernah kau pertahankan aku..
dan kini.. hati ini.. benar2x telah berhenti

berhenti dari mencintai..
berhenti dari menghargai..
berhenti dari mengisi namamu di dalamnya..

Aku berhenti..berhenti untuk cinta tuturmu..

No comments: