Pages

Monday, September 23, 2013

mencuba berjalan 3 23.09.2013



Cuba mencari erti satu kekuatan.. cuba memulakan sesuatu yang baru..nampak je mudah.. tapi hakikatnya hanya tuhan saja yang tahu.. Aku tiada tempat mengadu..tapi ak punya ALLAH yang satu.. mengadu kepadanya..itu sahaja yang aku mampu.. menerima semua ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk aku lakukan.. hakikatnya sukar..susah..tidak mudah..sakit..

Ibarat sudah jatuh...mahu berlajar bertatih semula... berkali aku tersungkur... tapi kenapa semasa kecil..tiada erti putus asa.. mencuba..mencuba sehingga mampu berlari.. tapi kenapa tidak untuk ketika ini.. bila terjatuh, tidak mampu untuk aku bertatih bangun semula.. hatta tidak juga mampu untuk berlari..

Semakin malaskah kita apabila dewasa mula menginjak... apa yang aku cari dalam hidup ini sebenarnya.. satu keseronokan? Atau satu keberkatan? Aku hidup untuk apa sebenarnya.. tapi kehendak hati.. siapa yang boleh mengawalnya.. aku?kau?mereka? atau siapa?

Bila mentari ini bersinar... aku inginkan satu permulaan yang baru... untuk pengakhiran yang menggembirakan aku... Your box... My box… Our box… seringkali kau ungkapkan… ku harap kau tahu apa yang sedang kau ungkapkan… jika kotak2x itu tidak boleh disambung dan dikaitkan… apa la ertinya setiap kotak itu wujud...

Aku bermimpi yang tidak enak semalam.. tapi seringkali aku mengingatkan diri bahawa itu hanyalah satu mimpi..permainan ketika aku tidur.. sesuatu yang cuba melalaikan dan memisahkan aku antara reality dan fantasi.. jika ia sekadar mimpi.. aku akan memerhati.. tidak aku percaya lagi.. mimpi..fantasi..realiti.. permainan dan kitaran yang melalaikan.

Entah sampai bila manik-manik ini menjadi peneman diri.. 

#masih disini..tetap disini..menanti kau kembali pada diri

2 comments:

Pencari Hati said...

kenapa kita perlu sendiri sendangkan ade sawah terbuka luas.

Kenapa perlu sakiti diri sedangkan kita tahu apa yang berlaku

kenapa manusia terlupa apa yg dia hendaki sedangkan dia tahu jalan yang perlu di lalui.

at last sebenarnya jawapan tue kita sendiri tahu tapi kita yang buat tak tahu.

sisigelapaku said...

demi untuk sesuatu yang dia percaya.. :(