Pages

Tuesday, October 14, 2014

Aku dan Saat Akhir bersama Hero Kesayanganku.. Ayah

I’ve never had a chance to talk about this…
atau secara sebenarnya I really don’t want to talk about it…
tapi disini… hari ini… ku coretkan satu coretan.. Agar menjadi ingatan untuk diri ini…

26 September 2014 (jumaat)

Dalam lingkungan pukul 8 jika tak salah.. dapat Whatsapp dari adik.. mengatakan ayah berada di klinik.. aku membaca dan hanya fikir.. mungkin sakit biasa… ku biarkan… sehinggalah whatsapp seterusnya… adik cakap ayah dah dalam ambulans hendak ke hospital kota tinggi… aku tanpa fikir panjang, terus capai baju mana yang ada.. masukkan dalam beg dan sms akak ajak balik..

Dalam hati tak habis berdoa moga ayah selamat.. tak pernah terfikir perkara yang buruk akan berlaku.. ayah kuat.. ayah aku kuat.. jarang dia sakit, apatah lagi masuk hospital.. dalam converstation, rancak bercerita tentang bertapa tidak sopannya MA yang merawat ayah, system klinik dan blab la bla.. manusia kan… takkan pernah puas hati… begitu juga kami..

Ayah masuk wad kelas 3, sebelum adik mendapatkan surat untuk tukarkan ayah ke kelas 2 atau 1. Perjalanan Nampak sangat lama.. hati terdetik… hati jadi sayu… sampai ke kota tinggi dalam pukul 3 pagi.. adik dan mak bergilir menjaga ayah malam tu.. sampai je di hospital kota tinggi, sorang demi seorang masuk melawat ayah.. sebab hanya seorang waris dibenarkan menjaga pesakit.. sempat lagi aku bergurau dengan ayah..

“apa ni ayah..kata hebat..masuk hospital gak” ..
Ayah membalas “ ayah taknak g..mak kau yang paksa”

Dan kami saling ketawa.. aku salam ayah… aku cium tangan ayah dan minta izin untuk duduk diluar..aku suruh dia tidur.. dia perlu rehat.. 55 tahun dia penat bekerja… masa untuk dia rehat.

Angah dan mak berjaga malam tu menjaga ayah.. aku dan adik pulang ke kampong.. untuk ambil baju mak dan beri makan kucing serta uruskan rumah.. pukul 6 pagi kami bergerak balik ke felda adela.. sampai, aku ambil kesempatan untuk tidur sekejap..

27 September 2014 (Sabtu)

Genap 40 hari kematian nenek… hari ini sepatutnya ayah balik ke kampong untuk kenduri arwah nenek. Mak kena masak.. sempat ayah pesan malam tadi… jangan lupa anta makanan untuk kenduri arwah… tu juga salah satu sebab aku balik ke rumah… mujur ada rakan-rakan mak dan ayah… mereka menolong untuk masak nasi ambang pagi tu… lepas siap, pukul 10 pagi.. kami ke kampong.. hantar makanan untuk kenduri petang dan malam nanti, kemudian pergi semula ke hospital kota tinggi…

Hari kedua ayah di hospital,sampai di hospital, shift bertukar.. angah balik, kami ganti..ayah masih boleh ketawa.. dia ckp bosan… dia nak merokok…tapi mana boleh… ayah tak berapa boleh nak makan.. dia gelisah.. ramai orang dating melawat.. sempat aku menjaga ayah waktu tu.. ayah sentiasa rasa haus.. rasa gelisah.. mungkin sebab dia tak selesa, ramai sangat orang… petang tu aku jaga ayah sekejap… ayah nak ke tandas.. aku bawa dia ke tandas.. dia taknak naik kerusi roda. Dia nak jalan..

Sampai tandas aku nak masuk sekali.. ayah marah aku.hehehe.. ayah cakap tunggu luar.. aku ckp takpe la, orang masuk sekali… tapi ayah malu agaknye… dia ckp takpe..ayah leh wat sendiri… dia bukak pintu tandas, hampir rebah.. cepat2x aku sambut.. aku papah ke katil.. petang tu ramai berebut nak jaga ayah… tapi ayah berkeras… korang jaga siang je… malam ayah nak mak yang jaga.. J .. manja kan ayah aku, nak juga bini dia jaga..
Aku sewa satu bilik,malam tu,tido la ramai2x dalam bilik tu… mana mungkin hendak yang selesa kan… cukup la untuk lepaskan penat dan lelah.

28 September 2014 (ahad)

Pagi2x lagi aku dah ready nak ke hospital.. mak belikan ayah soto.. tapi ayah tak makan.. hari ini ramai yang lawat ayah.. ramai sangat kawan dan saudara mara.. ayah risau pasal lembu.. dia kata dia dah sihat.. dah boleh balik..hehehe.. ada2x je.. arini ayah pindah wad kelas ke 2..  nurse ckp selewat2xnya petang ayah leh pindah dah..

Ayah teringin makan buah.. mak beli macam2x buah.. tembikai, jambu,jambu air, betik, macam2x.. ayah makan betik ngn tembikai.. banyak.. Alhamdulillah.. sepanjang ayah di hospital, ayah Cuma minum 100 plus dan air yang dibacakan dengan 20 juzu alquran…  tapi petang tu ayah nak air kopi.. terpaksa la kami carikan air kopi untuk ayah.. tapi dia minum sikit je.. dia cakap tak sedap… sudahnya aku yang habiskan… ye, mmg tak sedap pun…hehehe…

Kawan ayah datang, bawa lagi air kopi dan nasi goreng ayam untuk ayah.. tapi ayah tak selera nak makan.. mak yang makan bahagian ayah tu.hehehe.. mak aku mmg mewah makan masa kat hospital. :P

Petang tu ayah bosan.. ajak berjalan.. tapi macamane.. aku ambik kerusi roda.. bawa ayah ke toilet, masa nak masuk ayah suh berhenti.. dia nak tgk benda hijau. Maka berhenti lah aku di sebalik geriji..ayah melihat keluar.. jauh renungan ayah.. ayah ckp lagi.. nanti dah sihat kita pergi mersing tau..mancing.. aku ckp ye.. nanti dah sihat kita g ekh..

6.00 ptg.. ayah dipindahkan ke wad kelas ke dua… angah dan adik balik ke kl.. tuntutan kerja.. aku tahu berat hati diorang nak balik, tapi kami pun ada tanggungjawab yang perlu dipikul kan.. aku beritahu bos, aku EL.. ari selasa aku akan balik ke kl.. malam tu ayah taknak aku jaga,dia nak mak yang jaga dia.. lama gak aku tunggu kat bawah, kul 2 pagi tu aku balik hotel,tido..

Doctor cakap ayah dah sihat.. dah boleh balik dah, tapi nak kena habiskan antibiotic dulu..

29 September 2014 (isnin)

Pagi2x belikan mak sarapan, beli kan ayah air mineral..belikan mak air pearl cafĂ©.. sempat jaga ayah sementara mak mandi.. Ayah ckp dia haus sangat.. aku beri dia air.. aku tanya ayah, nak makan tak… ayah cakap taknak.nak minum je.. lepas mak mandi, aku turun bawah dan balik hotel sebentar.. cas hpone,aku tersilentkan phone.. dan tertido.. bangun je aku tgk banyak sangat miscall.. rupanya doctor nak jumpa.. bergegas aku pergi kehospital, doctor ckp ayah perlu ditukarkan ke johor bahru.. tapi tak jadi pulak.. aku rasa bersalah sangat pada adik beradik..pada mak.. kenapa la aku tido tak ingat diri..

Ayah nak makan kentang goreng mcd.. hehehe.. ak beli kentang goreng sampai dua bekas.. tapi ayah Cuma makan dua je kentang goreng..dia ckp takleh makan.tekak dia sakit… sudahnya aku yang habiskan..hehehe.. ayah nak sumi pulak. Aku n adik belikan ayah sumi. Tapi dia makan sikit.. sumi tak sejuk.. aku balik hotel,sejukkan sumi..

Malam ni ayah demam panas… ayah meracau mak ckp.. malam ni ayah Nampak sesuatu yang kita tak Nampak.. ayah tedung je kat atas syiling tu.. mak Tanya kenapa ayah.. ayah cakap “tu..kat atas tu.. lembaga hitam” .. pastu ayah tenung tingkap.. ayah cakap kat situ pun ada.. mak terus g kat tingkap n tutup tingkap.. sepanjang malam mak bacakan Yassin, Nampak mulut ayah pun ikut sekali dengan bacaan tu..  pagi tu kul 4 pagi ayah kejut kan mak..dia ckp tolong aku ni.. tgk ni.. mak tgk tangan ayah.. ya allah.. darah.. jarum yang masukkan air tertanggal..

Banyak darah,kat tangan,kat katil,kata bawah katil… nasib baik mak tak mabuk darah.. mak panggil nurse.. lepas tu ayah ckp dengan mak

“dalam pergaduhan..yang kalau keluarlah darah… ayah ni dah mengalah..dah kalah”
Mak ckp ayah ckp ape ni..jangan merepek la..jangan cakap bukan2x..
Ayah ckp “ kau tak faham ani.. ayah ni dah mengalah.. kau faham tak.. ayah mengalah dah”

Takda sape yang faham apa yang dimaksudkan oleh ayah.. tak seorang pun yang faham..
Kenapa la kami tak faham..kenapa la aku tak boleh tangkap maksud tu..

30 September 2014 (Selasa)

Pagi aku jaga ayah,mak mandi.. pagi tu ayah Tanya mak kau mana..mak kau.. ayah nak mak kau.. aku ckp sabar yah..mak tengah mandi.. kejap lagi mak datang.. pagi ni ayah langsung tak jamah makan.. aku belikan air mineral..banyak betul ayah minum.. tengahari, doctor ckp lagi nak pindahkan ayah ke johor.. tapi doctor dari johor ckp suruh tukar antibiotic dulu.. ayah masih boleh pergi ke tandas sendiri.. tapi dipapah.. tak mahu menggunakan kerusi roda.. tapi tengahri tu,lepas ayah g toilet,dia terus terduduk..tak terdaya,mak panggil aku masuk toilet, aku dan mak papah ayah..nafas ayah cepat.. ayah mula ckap Bahasa yang tak difahami.. badan ayah panas..

Tengahari tu, aku lap badan ayah.. masa lap ayah aku ckp panas nye yah badan..ayah demam ekh.. dia pandang aku, dia cakp, kau tak faham de.. sebenarnya ayah ni.. ayat tu terhenti kat situ.. kemudian dia macam tertidur.. tak lama tu dia ckp lagi.. ayah ni sebenarnya de.. ayat tu terhenti..macam tersekat ayat seterusnya.. tghari tu jarum tercabut lagi, tapi mak sempat tekap dengan kain.. ayah ckp lagi kat mak masa tu.. dah mengalah dan ni.. dan ayah tersenyum..

Petang tu, pukul 4.30, doctor ckp kena gak bawa ayah ke johor..sebab pernafaasan ayah dah makin tak stabil.. ayah dah tolak gas yang dimasukkan.. ayah dah semakin susah bernafas..  doctor ckp kena masukkan saluran pernafasan untuk stabilkan ayah..
Ayah bersuara “ tak payah la doctor.. bagi ubat je..saya nak balik rumah”.. kemudian ayah ckp sesuatu yang susah difahami oleh aku..
Mak tgk aku..menunggu satu keputusan..

Aku pandang ayah “ ayah.. pakai la.. tak sakit pun.. kita g johor ekh..ayah nak sihat kan.. ayah mengangguk. Aku beri kebenaran pada doctor untuk masukkan saluran pernafasan pada ayah”

5.00 pm.. doctor bersama 3 orang nurse masuk, kami disuruh menunggu di luar.. entah kenapa aku rasa resah sangat… terlalu resah… aku dengar setiap perbualan.. aku dengar setiap nafas ayah..aku dengar semuanya.. aku dengar bile doctor ckp ayah melawan, ayah gigit saluran pernafasan tu..aku dengar semua.. 5.15, dua orang doctor masuk bersama peralatan yang entah aku tak tahu ape dia.. dan aku dengar bunyi cpr..bunyi yang entah macam dalam movie tu.macam dalam cerita kat tv.. doctor keluar.. doctor ckp pernafasan ayah terlalu kuat..jantung dia berhenti..
Masa doctor ckp camtu, jantung aku berhenti.air mata aku mengalir.. doctor ckp mereka tengah cuba buat cpr.. aku mengangguk..mak menangis.. aku telefon adik aku suruh cepat.. tak lama tu adik aku sampai.. aku beritahu keadaan ayah..aku telefon akak aku, beritau keadaan ayah..tapi tak mampu berkata..hanya sempat cakap hello dan aku menangis..

6.00 ptg.. hampir 45 minit doctor buat cpr.. akhirnya mereka berhenti.. berhenti dari cuba menyelamatkan ayah..doktor panggil aku dan mak masuk, doctor ckp ayah dah takda.. ya allah, aku rasa macam mimpi.. kami adik beradik rasa mimpi.. ayah masuk sihat, dan hanya jenazah ayah yang keluar dari hospital.. situasi sangat sedih.. hanya airmata yang keluar.. tanpa suara.. aku beritahu akak ayah dah takda.. semua lemah..aku lemah.. aku ralat..aku bersalah..

Semua mudah..sangat mudah..mak taknak buat post morterm. Mak ckp nak bawa balik arwah terus. Doctor sediakan surat.. tanpa perlu tunggu lama 6.30 lebih kurang, datang dua orang bawa jenazah ayah turun, segala surat disign, aku mewakilkan keluarga untuk semua tu. Pergi ke bilik mayat, kenderaan jenzah sudah ada, dalam 6.45, jenazah ayah dibawa pulang ke felda tunggal..

7.45 sampai dirumah, jenazah ayah sudah dibaringkan mengadap ke kiblat… aku sampai, mandi, ambil wudhu dan terus duduk di sebelah arwah. Sepanjang malam kami adik beradik bertukar tukar membacakan Yassin disebelah arwah..
Jenazah arwah tersenyum.. semua yang lihat arwah buat kali terakhir cakap.. man senyum je.. aku sepanjang malam berjaga,melihat arwah..rasa macam tengah tidur.. ayah senyum je..sama macam snyum ketika hayatnya.. bezanya.. jasad ayah makin sejuk..makin lama semakin sejuk dan pucat..

Kalau la.. hanya kalau aku tidak memberi keizinan pada doctor..  mungkin..hanya mungkin, ayah masih hidup ketika ini.. penyesalan yang tiada penghujungnya.. seringkali, pilihan yang aku buat adalah salah.. seringkali 29 tahun, pilihan yang aku buat selalu mendatangkan sesuatu yang tidak baik..
Ayah..maafkan aku.. mak.along, angah,niza,fika dan adik..maafkan aku.. kerana aku mak kehilangan suami, kerana aku mereka kehilangan seorang ayah..

Maafkan aku semua.. maafkan aku untuk semua keputusan salah yang telah aku buat..

Maafkan aku..

Monday, September 22, 2014

Monday, September 1, 2014

Sakit

Aku mmg suka menyakitkan hati sendiri
Suka melihat diri sendiri terluka kecewa
Tak apa..masih baru..masih berdarah..
Bukan tak biasa dikecewa
Jadi kenapa tidak dan kenapa bukan sekarang..
Aku tak layak dicinta..
Aku tak layak mencinta..
Jika aku layak..
Aku tidak akan dikecewa..
Maka aku hukum diri aku sendiri..
Agar tidak mencinta..dicinta dan member peluang di suka..
Kerana itulah hukuman yg paling layak untuk aku..

Hati ini hitam..pekat..kelam..
Ibarat sang perokok yg setiap saat menghitamkan hatinya..
Tanpa sedar..
Tanpa duga..
Sehingga aku mati sendiri..
Dia..
Berhak yg lebih baik..
Dia..
Berhak seseorag selain aku..
Aku..
Terlalu banyak kurangnya.
Yang nyata..yg tiada..
Kekurangan yg aku ada..

😔😔😔😔😔😔

Wednesday, August 6, 2014

Penimbang Vs 1K

Hahahaha..
izinkan aku ketawa dahulu
dengan apa yang aku setuju..
Di satu petang.. seorang berkata
Turun 10kg dalam masa 2 bulan
dan ada habuan
dan aku dengan yakin terus cakap
YA.. diterima!

Maka..
kau penimbang
dan kau lemak..
sila bekerjasama dengan aku
kerana aku ada misi..
misi yang perlu aku selesaikan..
mata duitan?
hey..
ini peluang ok..
ini peluang untuk aku kurus

Sekian..

Misi 2 bulan bermula.. Misi peribadi.. misi masa depan..


Harapan Aku

harapan aku
semoga aku tidak jatuh terlalu dalam kepada kamu
supaya aku tidak jatuh ketika kamu pergi
supaya aku tidak jatuh ketika aku berharap
harapan aku
semoga aku tidak begitu menginginkanmu
supaya aku bersedia bila kehilanganmu
supaya aku bersedia untuk segala kemungkinan yang mungkin ada
harapan aku..
agar aku tidak menghafal nombor telefonmu
agar aku tidak perlu berusaha untuk memadamnya dari ingatan
agar aku tidak perlu sentiasa mahu menelefonmu
ketika kau pergi meninggalkan aku..

harapan aku
semoga aku tahu wujudnya dinding
yang telah aku bina
untuk aku tidak terluka..
untuk dinding konkrit ini utuh
agar tiada yang bisa menjatuhkan..

harapan aku
semoga aku tidak kehilanganmu
terima kasih..
hadir dalam hidup aku
terima kasih
kerana ada dengan aku
ketika dia dan mereka menidakkan kehadiranku..

#Terima Kasih Daun Keladi.. Hari sabtu kita jumpa lagi :)


Friday, July 25, 2014

Dinding itu ini.. Rasa dan sebuah rasa

aku punya rakan..
aku punya kawan.
aku punya sahabat..
tapi tidak sampai ke tahap kekasih..
apa ada dengan perasaan ini..
apa perlu aku rasa begini..
tidakkah aku mendustakan sebuah rasa
jika aku mempunyai rasa ini?
apa ikhlas setiap perhubungan yang diberi
apa benar tanda persahabatan yang dihulurkan..
jangan..jangan biar aku jatuh lagi dalam..

sejujurnya..
sudah wujud rasa ini..
tapi tidak akan aku katakan..
tidak juga aku fikirkan..
ku biarkan semuanya pergi..
kerana dinding konkrit yang telah aku bina..
tidak ku biarkan ia runtuh kerana kasih yang diberi..
tidak layak untuk aku merasai rasa ini..
sepatutnya aku ketika ini mati..
dalam riuh..aku sepatutnya mati.
hati..mati..

dan sejujurnya..
aku suka berada disekitar kamu..
sejujurnya..
aku suka kau menemani aku.
sejujurnya..
aku selesa dengan rasa ini..
tapi selebihnya.. kau perlu melepasi dinding ini
dinding konkrit yang aku cipta..
untuk mengelakkan aku dari ditimpa sekali lagi..




Tuesday, July 22, 2014

KALAH

Keliru bile malam menjelma..
Setiap tidur akan selalu dijaga..
Hati..jangan kau jatuh..
Manusia mmg mudah berkata..
Manusia mmg mudah didekati..
Manusia mmg mudag berjanji..
Tapi tidak semua yg dikata..yg didekati dan yg dijanji itu dimaksudkan..
Hai la hati..
Terus benar dinding konrit ini tinggi..
Jangan benar siapa berjaya melintasi..
Jangan benar siapa melangkah masuk..
Agar kau tidak perlu bersedia..
Utk benar dia melangkah pergi..

Hi hati..jangan keliru..
Usah keliru..
Ambil iktibar apa yg telah jadi..
Kau memberi..kau mati.
Tidak adil pada sang pengganti..
Tapi kau perlu lindungi diri..
Tapi jari boleh menulis..
Tapi hati..
Ak suka kau..
Tapi ak tahu dan yakin..
Kita xkan blh bersama..
Kerana hati kau..
Masih lagi pd si dia..
Dan aku tahu..
Dan aku rasa..
Setiap rasa itu..
KALAH..

Monday, July 21, 2014

Apa Perlu atau tidak?







Ya.. itu Nama aku.. dan ya..itu alamat aku..
senang nak anta kad raya kan?kan..kan..
dan tidak.. aku tak disaman..
dan tidak.. aku tidak dapat bonus pun. (kalau dapat confirm aku wat diam je)
hmm..aku masih berfikir..
Alhamdulillah..

mari kita imbas.apa yang sedang terjadi..

6 June 2014.. terluka..ya.. sangat terluka.. cuba untuk bangun dalam satu hari..tidak mampu..
makin teruk..makin teruk dan semakin teruk.. hingga satu malam,bila hati dah tak mampu menahan..
bila otak dah tak mampu berfikir.. bile rasa tak mampu merasa.. satu keputusan dibuat..

cuba untuk belajar kembali..mengasah otak yang dah lama tumpul..
sepatutnya kita..kau dan aku ..berjanji.. untuk sambung bersama..
tapi aku tahu..ia takkan terjadi..
aku ambil satu langkah..
mudah.. tapi tidak dipermudahkan..
cabaran.. demi cabaran.
tarikh tutup 13 June.. hari terakhir baru aku dapat submit borang..

dalam aku cuba bangun..
dugaan hidup tak pernah reda..
sampai aku terduduk dan ada kala tak mampu bangun lagi..
patah semangat.. dengan satu dugaan..
bile saat kita tidak mampu untuk berkata apa..
tidak mampu untuk mengadu dengan sesapa..
Tikar sejadah menjadi satu peneman..
untuk temukan kita dengan DIA..

21/07/2014 - lebih kurang 3.30 pm..
satu sms..dari nombor yang tidak dikenali..
mengucapkan satu tahniah..
meminta mengambil borang di laman maya..
persoalannya..
adakah aku sudah bersedia?
mengorbankan sedikit masa yang aku ada..
aku termenung..
mencari jawapan bagi satu persoalan..




Cerita dan Kisahnya Tentang Raya

raya..hari raya..raya demi raya..
aku tidak raya..
balik malam raya..
balik seorang di hari raya..
sambil makan kuih raya..
ada orang tak dapat raya..
bersyukurlah boleh beraya..
walau hanya untuk dua hari raya..

terpaksa balik pada hari raya kedua..
kerja dan terus bekerja..
untuk kesenangan bersama..
aku..diri..dan mereka..
ehemm..susah nak berkata..
tahun ni dapat duit raya?
atau kena beri duit raya..
haih..aku nak duit raya..uwaaa..


raya tanpa siapa..
raya tanpa kekasih hati..
raya tanpa dia..
tapi aku masih punya keluarga..
 aku masih punya engkau..dan mereka
walau tidak sama..
dahulu kita berkasih..sekarang kita berkawan
tapi kita saudara..
islam.. ya..kita saudara seislam..


Maafkan jika ada salah dan silap..
sepanjang semua mengenali diri..
aku tak pernah sempurna..
aku selalu membuat dosa..
dengan rendah diri.. kemaafan aku pinta..
dan setiap kesalahan,kau..dia dan mereka
telah aku maafkan..
takda dendam.. 0 - 0 gaya muda berkata..

Selamat Hari Raya semua..

p/s : its been a while i'm not bergayut with someone..thx you my fren.. ada disetiap hariku..




sengaja tidak ku buang watermark mereka.. kerana aku tahu bukan mudah untuk dibuat..tinggalkan sedikit penghargaan :)

Selamat Hari Raya :)



Friday, July 18, 2014

Pergi Saja Jauh..


Sang Gelap Dilalui

Jalan Gelap selama 30 hari..

 sudah sebulan pengakhiran aku dengan si Kurus.. tak tahu nak cakap apa..tak tahu apa reaksi aku ketika ini.. sudah sebulan.. tapi kenapa masih sukar.. kenapa setiap memori masih perlu ada.. dan kenapa aku terlalu lemah untuk hadapi semua ini.. sedangkan si kurus sedang gembira bersama si asistant producer.. hmm..

bila boleh aku bangkit dan lupakan semua ini.. sudah 30 hari.. tapi masih juga susah untuk dilupakan.. setiap saat kenangan selalu berputar dalam diri ini.. terlalu banyak penyesalan yang timbul.. setiap hari dilalui ibarat sedang berjalan di jalan yang berduri.. setiap hari terluka dan terluka..

masihkah jalan gelap ini akan berterusan.. :(

Aku hanya mahukan kejujuran dalam sebuah perhubungan..kesetiaan.. adakah permintaan ini terlalu berat untuk dipenuhi?


Jalan Terang mengambil alih ketika jalan gelap sudah sampai ke penghujungnya..




Thursday, March 6, 2014

Entah




Rasa Hati..



Aku..
Perlukah hari dihitung..
Perlukah masa dilihat
Perlukah semua diteruskan..
Sedangkan hati masih disini..
Masih sendiri..
Masih tidak mahu berganjak,dari mencinta sang pencinta..
Perlukah kepuraan ini diteruskan..

Kau..
Ku dengar tentang selingkuhmu..
Selingkuh hatimu..
Masih perlukah aku berdiam dan melihat semua itu..
Sedangkan aku tahu..
Kau masih bersama dia..
Walau dia menafi.. aku tahu.. semua masih terjadi..

Hati..
Masih tetap disini..
Tidak mahu berhenti mencintai
Kau anis izzati



Monday, March 3, 2014

Salahkah?

"Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang
untuk kita berdua"



kenapa kisah kau dan aku tak pernah bisa menjadi yang benar..
kenapa dihadirkan rasa ini jika ia tidak benar..
kenapa hati ini tidak pernah lari dari mencintaimu..
kenapa masih kau raja dihati ini..






menunggu untuk disabitkan bersalah

aku sedang menunggu..
untuk disabitkan bersalah..
tanpa ada satu penghakiman yang adil utk aku..
aku sedang menunggu..
untuk dimasukkan ke dalam neraka dunia..
untuk merelakan sesuatu yang tidak direlakan..

apa masih ada harapan di sini..
apa masih layak aku punya impian
apa masih perlu aku kuat untuk ini

bersalah!ye..aku disabitkan bersalah serta merta..
tanpa pembelaan sewajarnya..
apa masih ada sinar harapan..
untuk aku bangkit dan berlari
dari semua ini..

apa yang boleh dilakukan..
aku seorang pesalah yang tidak bersalah..